Telefilem | Bukan Cerita Cinta Cliche (2021)


Telemovie : Bukan Cerita Cinta Cliche
Produksi : Guam Teamwork Sdn Bhd
Pengarah : Faizal Nadxaman
Penulis Skrip : Nellhanan Mansor
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 6 Februari 2021
Pelakon : Mimi Lana, Syafiq Kyle, Aliff Aziz, Firdaus Nadxaman, 
Hazeman Huzir, Sara Zulkifli, Saidah Kamarudin, Lienda Halim


Bukan Cerita Cinta Cliche mengisahkan Emmel (Mimi Lana) seorang penulis skrip dan kisah cintanya mendapat sambutan hangat daripada penerbit dan penonton meskipun Mel tidak mempunyai hubungan cinta.

walaupun dah masuk 34 tahun, Mel selesa hidup sendiri tapi orang sekeliling dia yg selalu mendesak Mel mencari pasangan termasuk bapanya sendiri nak dia berkahwin sebelum hujung tahun.

Suatu hari, Mel mendapat kerja untuk menulis skrip baru, bos dia bagi cadangan suruh cari pasangan sebab mana tahu skrip Mel lebih gempak bila dia dilamun cinta.


sebenarnya Mel pernah simpan perasaan pada Faisal (Alif Aziz) waktu mula-mula Faisal bekerja di situ tapi bila tahu yg Faisal nak kahwin dia pun terus move on.

walaupun ada rakan sekerja yg suka perli Mel sebagai anak dara tua tapi Mel tak pernah kisah pun sebab dia sendiri bahagia dengan kehidupannya kalau nak dibanding orang yg in relationship tapi tak habis stress dengan masalah rumah tangga.


Mel cuba cari kenalan baru dengan join group Love Anonymous yg membincangkan masalah cinta dan perhubungan. seorang ahli dalam tu yg bernama Firman ajak Mel keluar dating so Mel pun setuju tapi memang dia tak boleh ngam dengan Firman.

end up kawan Firman yg bernama Faliq (Syafiq Kyle) pula yg jatuh hati dengan Mel dan buat macam-macam untuk dapatkan nombor telefon Mel dan rapat dengan Mel. Mel bersetuju menjadi teman wanita Faliq bila melihat kesungguhan Faliq.


orang lain bila bercinta makin happy tapi Mel pula merasakan sebaliknya dan tidak boleh bagi komitmen dalam perhubungan. 

maybe sebab Mel dah terlalu selesa hidup bersendiri dan dia lebih sayang diri dia lebih daripada orang lain. kesian juga Faliq bila gigih nak tawan hati teman wanita tapi terasa semua usahanya macam dipandang sepi.

ending dia memang bukan cerita cinta cliche, tak kisah single atau double yg penting diri sendiri happy.

Post a Comment

11 Comments

  1. hhahahaha alaaa kisah mcm diri sendiri jgk ni...
    rugi x dapat tgk, dah takde astro..
    btw apa ending dia? happy ending? :D

    ReplyDelete
  2. alaaa takde astro.. xdapat tengok hee

    ReplyDelete
  3. Syafiq Kyle selalu gabung dgn Lara kan tapi excited tgok alif berlakon blik

    ReplyDelete
  4. will watch it, sbb tuka syafiq kyle then nanti i ranting after hahah

    ReplyDelete
  5. pi dating dengn org lain, org lain pulak yg effort lebih hahaha menariklah!

    jemput join giveaway su ya!
    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/the-first-giveaway-by-thesuraya.html

    ReplyDelete
  6. Nak tengok tapi tak de astro huhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak tengok lagi cerita ni. Kot ada online boleh tengok nanti.

    ReplyDelete
  8. menarik jalan citer. tgk gambar ingatkan citer lama.. rupanya tahun 2021 punye

    ReplyDelete
  9. sape yg kawan dengan lara tu pkai baju putih. pliss bagitauuu

    ReplyDelete