Review Telefilem | Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak (2020)


Telefilem : Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak
Produksi : Tsar Asia Sdn Bhd
Pengarah : Aidilfitri Mohd Yunos
Tayangan : 15 Ogos 2020
Siaran : Astro Citra
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Syafiq Kyle, Yuna Rahim, Jasmin Hamid


sequel kepada Pengantin Lari Culik Artis, telemovie Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak mengisahkan Jay Johan (Syafiq Kyle) pelakon popular yg berjaya menempa nama hingga ke luar negara.

Jay Johan dan Fammy (Nabila Razali) kini berkawan baik selepas gadis tersebut berkahwin dan mengikut suaminya ke London. Jay dan Fammy selalu berhubung melalui messenger hingga suatu hari Fammy membuat satu permintaan pelik dengan menyuruh Jay menculik sepupunya.

Fammy tidak mahu Mira tertipu selepas mendapat tahu lelaki tersebut telah berkahwin. Jay pada mulanya tidak mahu masuk campur dengan rancangan gila Fammy tetapi mengenangkan Fammy yg jauh dan sedang sarat mengandung, Jay terpaksa turutkan kehendak Fammy.


Selepas menculik Mira, Jay baru tahu yg Mira sebenarnya hater beliau dan selalu mengkritik Jay di blog dengan memakai nama Merpati Putih. Jay tidak mahu ada kaitan lagi dengan Mira selepas tugasan yg diberi Fammy selesai.

namun begitu, Jay berdepan masalah apabila Mira memberitahu mereka telah bertunang kepada wartawan. nak tak nak Jay terpaksa berlakon yg dia telah bertunang dengan Mira tapi pada masa yg sama Jay mahu menghentikan semua lakonan tersebut.


telefilem ni memula best dan kelakar juga bila tengok Jay ni beria nak buat rancangan menculik Mira padahal awal tu dia langsung tak setuju dengan rancangan Fammy. lepas scene culik tu terus rasa cerita dia hambar. ntah maybe sebab aku tak suka dengan watak Mira kot.

aku rasa Mira ni peminat Jay Johan yg obsess juga tapi Mira jadi hater sebab terdengar Jay cakap kat manager dia yg dia malas nak layan peminat psiko. sakit hati punya pasal terus buat blog kecam Jay. 

bila Jay dah tolong selamat, Mira jatuh hati balik dengan Jay. yg tak bestnya Mira sampai ikut Jay pergi shooting lepas tu buat kacau sebab jealous nampak Jay beramah mesra dengan heroin. something wrong tau dengan si Mira ni.


lagi satu benda yg nampak tak kena, bapa Mira ni pangkat Tan Sri yg ada bisnes perkapalan terbesar tapi duduk rumah ters dua tingkat. humble sangat tan sri ni. 

Jay Johan pula katanya dah sampai level artis international sebab dah berjaya berlakon filem hollywood tapi imej nampak selekeh sangat. hurmm maybe shoot telefilem ni lepas pkp kot. tapi set shooting Jay Johan macam hambar sangat. bagi aku first telefilem, Pengantin Lari Culik Artis tu lagi best daripada sequel ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. u suggest tak? and pandai tak nabila berlakon? ka ala2 siti saleha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nabila razali makin best lakonan dia sekarang, takde nak control ayu control cantik. kalau nak tengok i rekomen yg first..haha

      Delete
  2. Alamak, Syafik Kyle la..cair jiwa tengok..

    ReplyDelete
  3. Yang 1st pun tak tengok lagi dah ada sequel pula ye..

    ReplyDelete
  4. hahahhaa justin bieber tu pun selekeh, apa lah sangat jay johan ni. Tak pernah nampak lagi heroin tu berlakon. Tapi kalau hambar sebab dia tak pandai berlakon memang cancel niat lah nak tengok telefilem ni

    ReplyDelete