Sinopsis Telefilem Psikopat di TV2


Telefilem : Psikopat
Produksi : Cinta Kasih Sdn Bhd
Pengarah : Fairuz Loy
Siaran : TV2
Tayangan : 23 Februari 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Aida Aris, Kenny Ong, El Faeza Ul Haq, Azhan Rani dan Janet Khoo

Psikopat mengisahkan Syirin (Janet Khoo) menghadapi perbicaraan atas tuduhan membunuh Amirul (Azhan Rani), suaminya. Syirin membela diri dengan menyatakan bahawa suaminya menghadapi gangguan mental dan dia dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian Amirul. 

Namun isteri pertama Amirul iaitu Marlia (Aida Aris) yang merupakan seorang peguam tidak percaya perkara tersebut lalu dia menyiasat untuk mencari kebenaran.

Saksikan telefilem Psikopat lakonan Aida Aris, Kenny Ong, El Faeza Ul Haq, Azhan Rani dan Janet Khoo pukul 9.00 malam ini di TV2. [rtmklik.rtm.gov.my]

Post a Comment

2 Comments