Sinopsis Telefilem Dendam Tapi Cinta di TV2


Telefilem : Dendam Tapi Cinta
Siaran : TV2
Tayangan : 8 Februari 2022
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Azar Azmi, Ungku Ismail, Mustaqim Bahadon, Tash Yong

Dendam Tapi Cinta mengisahkan Faiz yang berpura-pura berkawan baik dengan Haziq namun dalam diam dia mempunyai agenda tersendiri iaitu mahu membalas dendam kepada adik Haziq iaitu Nadia.

Faiz memikat Nadia yang baru habis belajar kemudian mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Namun sikap Faiz mula berubah kerana dia sebenarnya mahu membalas kepada Nadia kerana baginya Nadia telah menyebabkan kematian adiknya, Lisa.

Namun, Faiz mula ragu-ragu dengan dendamnya apabila satu insiden menimpa Nadia yang menyebabkan isterinya hilang ingatan. Faiz mula sedar yang dia sebenarnya menyayangi Nadia.

Saksikan kesemuanya dalam Dendam Tapi Cinta yang akan ditayangkan pada 8 Februari 2022, hari selasa jam 9 malam di Drama On 2 TV2.

Baca juga: 

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak tengok pulak cerita ni. Macam cerita lama sebab Tash Young tu dah bertudung sekarang kan.

    ReplyDelete