Review Drama Korea | Bad and Crazy (2021)


Title : Bad and Crazy
Director : Yoo Seon Dong
Screenwriter : Kim Sae Bom
Network : TVN
Aired : 17 December 2021 - 28 January 2022
Episodes : 12
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Lee Dong Wook, Wi Ha Joon, Ha Ji Eun, Cha Hak Yeon, Sung Ji Ru, Cha Shi Won, Lee Hwa Ryong, Lee Sang Hong, Won Hyun Joon, Kim Dae Gon


Bad and Crazy mengisahkan Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook) seorang anggota polis bahagian anti-rasuah tapi dia tak pernah kisah siapa yang betul atau salah asalkan hasil kerjanya memuaskan pihak atasan, dan peluangnya untuk naik pangkat cerah.

Suatu hari, ahli politik Do Yu Gon (Im Ki Hong) berjanji membantu proses kenaikan pangkat Ryu Soo Yeol dengan syarat Soo Yeol cover kes saudaranya, Detektif Do In Beom (Lee Sang Hong) yang membelasah seorang anggota polis bernama Oh Gyun Tae (Cha Hak Yeon) yang didakwa menganggu kes yang disiasat Detektif Do.


Oh Gyun Tae percaya mangsa yang dilaporkan hilang telah dibunuh di rumahnya kerana menjumpai bukti di rumah mangsa. namun, Detektif Do bertindak membelasah Gyun Tae dan bila dia pergi sekali lagi ke rumah tersebut, segala bukti telah dihapuskan.

macam biasa sebab tak ada bukti yang kukuh, Soo Yeol suruh Oh Gyun Tae melupakan hal tersebut, kes tersebut diselesaikan dengan pihak atasan mengenakan tindakan displin kepada kedua pihak. kerana kes tersebut juga, Ryu Soo Yeol berjaya dinaikkan pangkat.


tengok first episod memang menyampah juga dengan perangai Soo Yeol yang kuat membodek pihak atasan. walaupun dia nampak ada benda tak kena tapi dia cuba abaikan dari menyiasat perkara sebenar supaya matlamat dia tercapai.

Sehingga suatu hari, K (Wi Ha Joon) muncul dan menghuru-harakan hidupnya. setiap kali Soo Yeol buat benda salah, K akan muncul untuk memperbetulkan keadaan. Siapakah K yang sebenarnya?

sebenarnya Ryu Soo Yeol mempunyai split personality dan K itu adalah Ryu Soo Yeol. so kena tengok sampai ke penghujung macam mana K itu boleh wujud dalam diri Ryu Seoo Yeol.


selepas kes ahli politik Do Yu Gon, banyak benda tak kena berlaku dalam pasukan polis. Lee Hee Kyum (Ha Ji Eun) yang merupakan detektif di unit dadah telah dihukum penajara kerana dituduh bersubahat menerima rasuah.

Ryu Soo Yeol menyiasat kes tersebut curiga dengan pasukan Lee Hee Kyum terutama sekali ketuanya sebab Soo Yeol percaya yang mereka mahu jadikan Lee Hee Kyum sebagai kambing hitam untuk menutup hal yang sebenar.

dari kes membawa kepada kes lain pula yang berkaitan penyeludupan dadah. pendek cakap, memang ramai penjahat dalam drama Bad and Crazy.


drama ni sebenarnya best sebab watak K dan lakonan Wi Ha Joon sangat mantap. pernah tengok dia berlakon jadi psiko dalam filem Midnight, memang creepy habis tapi dalam Bad and Crazy berdekah gelak tengok perangai dia yang gila-gila.

K ni opposite dengan Ryu Soo Yeol, benda yang Soo Yeol tak suka itulah K akan buat. macam tiap-tiap malam pergi hantar bunga kat Lee Hee Kyum sampai perempauan ni confius. Lee Hee Kyum dan Soo Yeol pernah bercinta bila asyik dapat bunga pelik juga fikir Soo Yeol ni nak mengorat dia balik ke apa.


plot dan jalan cerita Bad and Crazy sangat menarik dan menghiburkan terutama sekali episod awal tapi agak bosan sikit di pertengahan cerita sebab banyak sangat villain lepas satu yang lain muncul, dah dapat tangkap terlepas pula, dah jumpa saksi terbunuh pula. kat penghujung tu baru start menarik balik.

suka camera work dalam drama ni sangat cantik, tambah lagi scene lawan dia memang mantap. so overall, apa yang best pasal drama Bad and Crazy ini adalah lakonan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon. kalau tak ada dua orang memang dari awal dah stop tengok. setiap kali K muncul mesti tergelak dan chemistry antara Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon, mantap habis.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments

  1. oo..split personality...best nampaknya...belum sempat tengok..

    ReplyDelete
  2. Tengah trending drama ni. Belum tengok lagi, plan nak tengok juga nanti. Jadi kita terus skip baca dan komen :)

    ReplyDelete