Take CTRL (Astro Ta-Daa!) | Sinopsis Drama

Take CTRL (Astro Ta-Daa!) | Sinopsis Drama

Drama : Take CTRL
Produksi : Graph Studios
Pengarah : Derrik Yaw
Siaran : Astro Ta-Daa! 612
Mula Tayangan : 29 Januari 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 6
Pelakon : Shaheizy Sam, Hana Nadira, Faiz Najib, Sry Khairudin, Gabriel Pountney, Rika Adrina, Marianne Tan, Farid Azmeir, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel, Jenn Chia, Jin Lim (Jinnyboy)

Take CTRL sebuah siri asli komedi keluarga tempatan terbitan Astro mengisahkan dua beradik iaitu Sky (Faiz Najib) dan Ramunah (Sry Khairudin) yang dikawal ketal oleh ibu bapa mereka. Suatu hari, mereka terjumpa permainan video kawalan minda yang menyebabkan peranan mereka dan ibu bapa mereka bertukar.

drama bersiri enam episod ini mempersembahkan konsep unik yang meneroka dua dunia iaitu dunia maya dan realiti yang diselitkan pelbagai elemen permainan yang boleh dikaitakan dengan generasi muda sekarang. Take CTRL juga merupakan drama pertama tempatan yang menggunakan konsep 'Unreal Engine' iaitu teknologi penciptaan 3D masa-nyata termaju semasa penggambarannya.

Take CTRL sebuah siri pendek tentang perjuangan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka dalam dunia digital. Selain itu, menggambarkan hubungan cinta-benci dan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa, serta cara mereka berdamai antara satu sama lain.

Selaras dengan slogan "with control, comes chaos", anak-anak akhirnya belajar bahawa mengawal tidak semudah yang disangka. semua tindakan akan sentiasa ada akibatnya.

Saksikan kesemuanya dalam Take CTRL yang akan bersiaran setiap hari Sabtu jam 9 malam mulai 29 Januari 2022 di saluran TA-DAA! 612, Astro Go atau On Demand.

Post a Comment

5 Comments

  1. Baru perasan channel Astro TA-DAA! ni. Cerita kekeluargan komedi macam ni best jugak layan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tahu pun channel. yg tahu ceria je..haha

      Delete
  2. Replies
    1. sekali sekala best juga melayan citer macam ni walaupun utk budak2..haha

      Delete
  3. Comel tag line dia ... with control, comes chaos :)

    ReplyDelete