Cukup Derita Itu 2 (TV3) | Sinopsis Drama

Cukup Derita Itu 2 (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Cukup Derita Itu Musim 2
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Siti Rosmizah, Falriqz Naill, Zuyyin
Siaran : TV3
Tayangan : 15 November 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Lia Natalia, Fahrin Ahmad, Didie Alias, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Serra Melissa

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu 2

Drama Cukup Derita Itu disambung ke musim kedua selepas baki penggambaran drama tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Cukup Derita Itu diadaptasi dari novel karya Siti Rosmizah mengisahkan pasangan kembar, Ellani (Ruhanies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang dibesarkan oleh Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) selepas kematian ibu mereka.

Mak Ngah Gayah sangat menyayangi Ellana manakala Ellani dilayan sebagai hamba abdi kerana sangat membenci Ellani. bagi Mak Ngah, Ellani menjadi penyebab kepada kematian suaminya. hubungan Ellana dan Ellani juga tidak baik dan selalu bergaduh.

Dalam Cukup Derita Itu, konflik bermula apabila Zarul (Hisyam Hamid) yang merupakan tunang Ellana membuat keputusan untuk berkahwin dengan Ellani selepas hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya. Ellana membawa diri ke luar negara dan Mak Ngah Gayah pula lumpuh akibat kemalangan tersebut. Ellana dan Mak Ngah Gayah menyimpan dendam untuk menghancurkan rumah tangga Ellani dan Zarul.

Selepas berkahwin, Ellani terbuka untuk menerima Zarul sebagai suaminya selepas melihat sikap dan kasih sayang Zarul kepadanya. namun, rumah tangga mereka mula goyah apabila Ellana kembali semula ke Malaysia dan membuat rancangan untuk merampas semula Zarul dan memastikan hidup Ellani terus menderita.

Adakah Ellani dapat mempertahankan rumah tangganya dari Ellana. Saksikan kesemuanya dalam Cukup Derita Itu 2 di slot Samarinda TV3.

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang layan drama ni. Sakit hati betul dengan lana, mak ngah gayah dan mak yek. Tapi mak ngah dah insaf dah. Tunggu mak yek dengan lana je nak insaf entah bila.

    ReplyDelete