Cukup Derita Itu (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Cukup Derita Itu
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 6 Mei 2021
Episod : 40
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Yasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Lia Natasha, Sera Melissa

Cukup Derita Itu sebuah drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah yg ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 6 Mei 2021.


Cukup Derita Itu mengisahkan pasangan kembar tak seiras itu Ellana (Chacha Maembong) dan Ellani (Ruhanies) yg dibesarkan oleh ibu saudara mereka selepas kematian kedua ibu bapa mereka.

Ellana dan Ellani mempunyai perwatakan yg berbeza, layanan Mak Ngah Gayah (Yasmin Hamid) juga berat sebelah apabila Ellana dilayan seperti anak kandung manakala Ellani pula seperti hamba yg dikerah membuat segala kerja.


Mak Ngah Gayah tak suka Ellani disebabkan suaminya terlebih sayangkan anak buahnya tambahan pula Ellani kuat melawan untuk membela ibunya lain pula Ellana yg kuat membodek.

Gayah mempersalahkan Ellani apabila suaminya meninggal dunia sebab memujuk suaminya untuk mendermakan buah pinggang buat ibu mereka. 

satu harta pun tak ditinggalkan apabila suaminya mengadaikan tanah dan rumah untuk menanggung kos rawatan ibu Ellani. sebab tu Mak Ngah Gayah benci sangat dengan Ellani dan arwah ibunya.


setelah dewasa, Ellana bercinta dengan Zarul (Hisyam Hamid) seorang pensyarah muda tetapi konflik berlaku apabila Zarul terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. setelah sedar cinta Zarul berubah dan terus melamar Ellani untuk menjadi isterinya.

dendam Mak Ngah dan Ellana tidak terhenti di situ apabila mereka mahu terus menyeksa hidup Ellani dan menganggu rumah tangga Ellani dan Zarul. Bagaimanakan nasib Ellani? tonton semuanya dalam Cukup Derita Itu di slot Samarinda TV3.

Post a Comment

7 Comments

  1. Memang panas la kalau boyfriend syok dekat musuh lepas hilang ingatkan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer siti rosmizah tak sah la kalau tak sakit hati. ini heroin baik mesti hero pula yg buat perangai..haha

      Delete
  2. Belum sempat tengok lagi. Tapi teaser dia dah buat rasa geram dengan lakonan jasmin hamid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat jasmin hamid je, ada lagi watak jahat dalam drama ni yg bikin geram. bertabahlah sapa yg follow drama ni..haha

      Delete
  3. Baca ini pun dah terasa deritanya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Tengok sekejap je hari tu. Macam best. Baru teringat tengok entri ni. Kang nak tengok kat Iqiyi. Sakit hati pula tengok Chacha tu..

    ReplyDelete
  5. ok.... panas ni klu jadi dekat diri sendiri

    ReplyDelete