Review Movie | Quantum Physics (2019)


Title : Quantum Physics
Director : Lee Sung Tae
Screenwriter : Lee Sung Tae
Release Date : 25 September 2019
Duration : 1 hour 59 minutes
Cast : Park Hae Soo, Seo Yea Ji, Kim Sang Ho, Kim Eun Soo, Im Chul Soo, Choi Tae Joon, 

Quantum Physics mengisahkan Lee Chan Woo (Park Hae Soo) yang pernah bekerja sebagai pelayan bar membuat keputusan untuk membuka kelab malamnya sendiri, MCMC (Money Come, Money Come). Chan Woo menrekrut floor manager terkenal, Sung Eun Young (Son Ye Ji) untuk membantu perniagaannya.


Suatu hari, seorang rapper bernama Fractal membuat kacau dan menggunakan barang terlarang di kelab Chan Woo lalu memberikan tip kepada kawannya yang merupakan pengawai polis, Park Gi Heon (Kim Sang Ho).

Semasa menyiasat Fractal, Park Gi Heon mendapat tahu anak kepada biggest loan shark, Baek Young Gam juga mengambil dadah bersama Fractal. Park Gi Heon membua rancangan untuk menangkap anak Baek dan seterusnya mengheret sekali ahli politik terkenal yang berkaitan dengan kes yang disiasatnya.

Park Gi Heon meminta Lee Chan Woo dan ketua ganster Jung Gap Taek (Kim Eun Soo) yang juga merupakan pelabur terbesar kelab Lee Chan Woo untuk bekerjasama menjayakan rancangan tersebut.


tapi belum sempat mereka menangkap anak lelaki Baek, rancangan mereka terganggu apabila pasukan pendakwaraya yang diketuai Yang Yoon Shik (Lee Chang Hoon) menyerbu dan menangkap Fractal dan anak Baek. keadaan menjadi tak terkawal apabila anak Baek bertindak membunuh Fractal ketika dalam pengawasan pendakwaraya.

Yang Yoon Shik yang mendapat amaran daripada Baek Young Gam cuba menutup kes tersebut dengan memeras ugut Jung Gap Taek untuk meletakkan kesalahan ke atas Park Gi Heon dan Lee Chan Woo.


Lee Chan Woo tak sedar yang Sung Eun Young yang telah bocorkan rancangan mereka kepada pendawaraya Yang Yoo Shik. motif Sung Eun Young adalah membalas dendam kepada Jung Gap Tek tapi dia bengang bila dapat tahu Yang Yoo Shik telah buat masalah besar sampai kelab MCMC terheret sama dalam masalah tersebut dan nyawa mereka diancam bahaya.

Lee Chan Woo kemudiannya bekerjasama dengan Sung Eun Young walaupun tahu wanita tersebut telah khianat dia untuk mendedahkan kerja kotor pendakwaraya dan juga ahli politik yang terlibat dengan rasuah.


filem Quantum Physics agak lama juga dengan berdurasi hampir dua jam tapi the whole thing aku sangat confius dengan plot yang serabut dan terlalu banyak watak dalam movie ni. aku rasa kalau ada naratif melalui watak Lee Chan Woo maybe lagi better supaya kita dapat faham jalan cerita dia.

sebenarnya susah nak fokus pada jalan cerita bila terlampau banyak supporting cast yang datang dan pergi dan juga susah nak ingat peranan mereka, lepas tu yang rimas ada sahaja watak yang asyik main tikam belakang.

walaupun pelakon dia best dan tajuk movie nampak cerdik tapi kalau jalan cerita serabut macam ni memang susah untuk aku nak enjoy dengan story dia.

Post a Comment

6 Comments

  1. nak tanya satu je..nape tajuk dia Quantum Physics?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hero dia suka dengan teori quantum physic so dia apply kat bisnes dia. itu je yang i faham yang lain tu i tak faham dia membebel apa pasal teori tu..haha

      Delete
  2. kena tengok slow2 lah cita ni. sebab suka yang light2 je drama haha. kalau yang jenis action mcm ni, memang lambat nak abiskan

    ReplyDelete
  3. cerita jenayah yang kadang-kadang kita akan tahu kesudahnnya

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok filem ni. Tapi macam kurang faham sikitlah.

    ReplyDelete