Drama Turki | Ask Mantik Intikam - Love Logic Revenge (2021)


Drama : Ask Mantik Intikam (Love Logic Revenge)
Tayangan : 18 Jun 2021 - 14 Januari 2022
Episod : 47
Durasi : 120 minit
Genre : Romantik Comedy, Soap
Pelakon : Burcu Ozberk, Ilhan Sen, Burak Yoruk, Melisa Dongel 

Ask Mantik Intikam sebuah drama romantik komedi yang diadaptasi dari drama korea, Cunning Single Lady (2014) mengisahkan Esra (Burcu Ozberk) yang miskin dan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.


Suatu hari, Esra dapat tahu melalui akhbar yang bekas suaminya, Ozan (Ilhan Sen) telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya kerana aplikasi yang dicipta Ozan mendapat sambutan ramai dan semakin popular.

Esra terdengar pelanggan di restoran mengutuk bekas isteri Ozan yang mata duitan dan memilih bercerai sebelum lelaki itu berjaya, lalu bertindak memukul pelanggan tersebut menyebabkan dia ditahan polis.

Ozan yang sudah lama tidak berhubung dengan bekas isterinya selepas bercerai terpaksa membantu Esra daripada ditahan polis selepas kawan baik Esra merayu kepadanya.


Mereka berkahwin sebaik sahaja Ozan menamatkan pengajian. pada waktu itu, Ozan struggle membina kerjayanya apabila tidak ada pelabur yang berminat dengan projeknya.

Esra pula makin tertekan dengan perkahwinan mereka apabila terpaksa bekerja keras untuk menanggung kehidupan mereka, akhirnya memilih untuk berpisah.


Selepas kes di balai polis tersebut, Ozan meminta Esra berjumpanya untuk menandatangani kontrak yang Esra tidak menganggunya lagi dan memberi sejumlah wang. Esra menolak wang tersebut tapi marah apabila mengetahui Ozan menyerahkan wang tersebut kepada abangnya.

Esra merasa maruahnya dipijak dan yang membuatnya lagi marah bila Ozan tidak pernah meminta maaf dengan apa yang dilaluinya sepanjang tempoh mereka berkahwin.

Esra membuat rancangan untuk membalas dendam kepada bekas suaminya lalu memohon kerja di syarikat Ozan demi memastikan rancangan berjalan lancar. dalam masa yang sama, Cinar (Burak Yoruk) yang merupakan kawan baik Ozan mula terpikat kepada Esra tanpa mengetahui hubungan sebenar Esra dan Ozan.

Post a Comment

4 Comments

  1. menarik jalan citenya... tak sangka pulak ada drama turki yang adaptasi drama dari korea nih

    ReplyDelete
  2. Hahahaha Biar sis gelak dulu. Nanti la tengok rom-com ni. Masih heavy soap drama lagi

    ReplyDelete