Movie Review | My Stupid Boss 2 (2019)


Title : My Stupid Boss 2
Country : Indonesia
Director : Upi Avianto
Screenwriter : Upi Avianto
Network : Netflix
Release Date : 28 March 2019
Duration : 1 hour 36 minutes
Cast : Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Chew Kin Wah, Atikah Suhaime, Iedil Dzuhrie Alaudin, Iskandar Zulkarnain, Alex Abbad, Melissa Karim, Morgan Oey, Verdi Solaiman, Indra Jegel, Prakash Krisna, Awek Sitepu


Selepas kejayaan filem pertama, My Stupid Boss kembali semula dengan sekuel kedua dan masih lagi mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Atikah Suhaime, Chew Kin Wah, Iskandar Zulkarnain manakala tempat Bront Palarae pula digantikan dengan Iedil Putra.


Dalam My Stupid Boss 2, Faisal (Indra Jegel) mengadu kepada Diana (Bunga Citra Lestari) tentang mesin di kilang yang sering rosak dan menganggu kerja mereka. 

si tangkai jering Bossman (Reza Rahadian) macam biasa menolak permintaan Faisal untuk membeli mesin baru sehingga menyebabkan ramai pekerja kilang mengambil keputusan untuk berhenti kerja.


dalam sekuel kali ini, Diana lebih lantang bersuara dan mewakili pekerja ofis yang lain menyuruh Bossman mencari segera pekerja baru sebab masing-masing tak sanggup ganti tempat pekerja kilang buat kerja kayu.

Bossman mendapat idea untuk mencari pekerja dari Vietnam kerana kebetulan dia dijempt untuk memberi ucapan dalam satu seminar di sana. Diana, Mr Koh (Chew Kin Wah) dan Adrian (Iedil Putra) dikerah mengikut Bossman ke Vietnam manakala Shikin (Atikah Suhaime) dan Azhari (Iskandar Zulkarnain) diminta untuk menjaga urusan pejabat sepanjang ketiadaan Bossman.


Shikin dan Azhari yang kena jaga pejabat langsung tak senang duduk apabila geng along dan ceti datang minta hutang dan nyawa mereka hampir melayang kerana perangai Bossman yang suka melambatkan bayaran kepada pembekal.


tahu sajalah kalau duduk pejabat pun stress dengan perangai Bossman kalau kena keluar dengan dia lagi seram sebab tak tahu benda apa yang bakal terjadi.

kesian dengan Mr Koh dan Adrian yang terpaksa duduk satu bilik dengan Bossman dan kesian juga dengan mereka bertiga sebab tak pasal kerana perangai annoying Bossman, trip ke Vietnam jadi memori paling buruk sampai masing-masing decide nak berhenti kerja.


My Stupid Boss lagi bijak promote budaya Malaysia dan juga keindahan semulajadi yang ada di Vietnam. dari filem pertama lagi, My Stupid menggunakan lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza sebagai lagu tema. tak boleh blah bila Bossman minat betul dengan lagu Zamani Gerimis Mengundang sampai buat ringtone. memang nostagia habis bila dengar lagu yang dimainkan dalam filem ini.


kalau filem pertama aku rasa annoying sangat dengan perangai Bossman untuk yang sekuel layan saja maybe sebab dah familiar dengan watak Bossman.

My Stupid Boss 2 makin menarik jalan ceritanya dan lebih kelakar. watak yang lain pun dapat lebih banyak screentime untuk sekuel kali ini. overall, lakonan Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari serta barisan pelakon yang lain memang best dan jalan cerita juga sangat menghiburkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks review. Dah tengok yang first. Sakit hati dengan watak Bossman, tapi tu tanda menjadi la lakonan dia

    ReplyDelete
  2. Sangat berbeza watak BCL dan Reza untuk movie my stupid boss ni. Ada sekuel tandanya movie tu best. Iedil Putra sangat dekat dengan movie Indo. Wife dia artis sana, kan. Kali ni nampak macam bayang Jumanji pun ada.

    ReplyDelete