Review Chinese Drama | You Are My Glory (2021)


Title : You Are My Glory
Director : Wang Zhi
Screenwriter : Gu Man
Network : Tencent Video / WeTV
Aired : 26 July 2021 - 16 August 2021
Episodes : 32
Duration : 35 minutes
Cast : Dilraba Dilmurat, Yang Yang, 
Hu Ke, Pan Yue Ming, Ian Wang, Sun Ya Li, Sarah Zhao, An Ge

You Are My Glory mengisahkan kisah cinta antara Qiao Jing Jing (Dilraba Dilmurat) seorang pelakon terkenal dengan aerospace engineer bernama Yu Tu (Yang Yang. Suatu hari ada orang menyebarkan rakaman permainan videonya yang teruk menyebabkan Jing Jing dikecam oleh peminat 


Sister Ling (Hu Ke) yang merupakan manager Jing Jing tak ambil mudah perkara tersebut kerana Jing Jing merupakan duta online game tersebut dan kemungkinan kontraknya akan dibatalkan disebabkan video viral tersebut.

Jing Jing telah dijemput untuk bermain game secara live oleh syarikat game tersebut dan dia mempunyai masa lebih kurang sebulan untuk berlatih dan membuktikan kemahirannya sebagai duta online game.

kebetuan pula Jing Jing bertemu kembali dengan kawan sekelasnya, Yu Tu (Yang Yang) dalam permainan game tersebut lalu meminta pertolongan Yu Tu untuk mengajarnya bermain game. zaman sekolahnya dahulu, Jing Jing sebenarnya sangat suka pada Yu Tu siap confess lagi tapi kesian Yu Tu menolaknya. lepas 10 tahun, Jing Jing masih lagi menyimpan perasaan tersebut.


You Are My Glory bukan 100% drama mengenai e-sport seperti drama King of Avatar atau Go Go Squid. first half sahaja cerita pasal game apabila Jing Jing berlatih bersungguh dengan bantuan Yu Tu dan berjaya membuktikan yan dia layak untuk menjadi duta online game tersebut.

masuk second half jalan cerita lebih tertumpu kepada kerjaya Yu Tu sebagai aerospace engineer, masuk part ni agak bosan sikit tapi interesting juga boleh tahu tentang kerjaya aerospace. bahagian ketiga pula fokus kepada hubungan Yu Tu dan Jing Jing.


Yu Tu seorang genius dan bekerja sebagai aerospace engineer kerana minatnya dalam bidang tersebut sejak kecil lagi. Yu Tu dalam dilema sama ada mahu berhenti kerja sebagai aerospace engineer atau bekerja dalam bidang investment kerana bila masuk umur 30 tahun dia mula rasa insecure sebab tak ada kewangan yang kukuh macam kawannya yang lain.

rasanya ini first time tengok chinese drama yang hero dia banyak konflik dalaman. bukan setakat kerjaya tapi Yu Tu juga rasa tak layak nak bercinta dengan Jing Jing disebabkan income dia yang rendah nak dibandingkan dengan Jing Jing.


Qiao Jing Jing seorang yang baik hati dan tak pernah kisah pun dengan kerjaya atau income Yu Tu dan selalu support supaya Yu Tu teruskan benda yang dia minat. terharu juga Yu Tu bila ramai yang mempersoalkan kenapa dia tak bekerja di bank dengan gaji besar (owh ya dia ada double degree ok) tapi Jing Jing pula selalu support benda yang dia minat.

tapi bila kena reject sampai dua kali, Jing Jing mula putus asa dan decide tak nak jumpa lagi dengan Yu Tu. waktu ni mahu gelabah juga Yu Tu bila Jing Jing tak nak layan dia kemudian baru Yu Tu decide untuk menjalinkan hubungan dengan Jing Jing.


sebenarnya tak tahu nak review drama ni sebab jalan cerita dia smooth sangat dan tak banyak konflik. walaupun Jing Jing seorang pelakon langsung tak ada masalah untuk bercinta dengan Yu Tu. first time manager dalam drama china tak kisah artis dia bercinta dan peminat pun sangat supportive walaupun Jing Jing tak umumkan hubungannya dengan Yu Tu secara formal.

tengok drama ni sebab ada Yang Yang, lakonan Yang Yang dah banyak improve sekarang dan chemistry dengan Dilraba sangat awesome, manisnya sampai bersemut..haha

Baca juga : 

Post a Comment

5 Comments

  1. handsomenya hero diaaaaa! Haritu ada nampak klip cerita ni dekat tiktok, kelakar jugak.

    ReplyDelete
  2. menarik juga jalan ceritanya agak complex

    ReplyDelete
  3. suka drama ni sebab matured love, fikiran tak runsing, smooth je...hehe..

    ReplyDelete
  4. sya suka cite ni sebab ringkas dan mudah faham..

    ReplyDelete