Pari-Pari Naik Lori (TV2) | Review Telefilem


Telemovie : Pari-Pari Naik Lori
Pengarah : Asya Kamaruddin
Siaran : TV2
Tayangan : 5 Julai 2021
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Lagu Tema/OST: Kucaimars - Mudah Bagimu
Pelakon : Bella Astillah, Mustaqim Bahadon, Nabil Aqil


Pari-Pari Naik Lori mengisahkan Rosma (Bella Astillah) yg mahu memutuskan hubungan dengan Talha (Mustaqim Bahadon) selepas lima tahun bercinta. Talha tak boleh terima sebab menganggap Rosma tak suka dengan kerjanya sebagai penjual ayam segar.

Rosma bukan tak boleh terima Talha tapi kerana sikap lelaki itu yg cuma pandai bercakap tapi langsung tak ada kemajuan dalam hidupnya, Rosma merasakan Talha tidak pernah serius dengan masa depannya.


selepas setahun, Rosma mengikat tali pertunangan dengan Nazif (Nabil Aqil). pada hari pertunangan mereka, Talha datang membuat kacau dengan menyamar sebagai perompak dan mencuri duit hantaran Rosma.

Rosma bengang bila dapat tahu yg perompak tersebut adalah Talha tapi dia tak ada pilihan bila Talha suruh datang jumpa dan ambil sendiri duit tersebut. dalam perjalanan untuk bertemu Talha macam-macam dugaan yg Rosma dan Nazif kena tempuh.


Pari-Pari Naik Lori bergenrekan komedi dan santai, watak Talha sebenarnya yg kelakar sebab kecewa punya pasal sampai tak boleh fikir panjang pergi rompak duit hantaran orang. nasib baiklah dia sedar juga akhirnya yg jodoh ni tak boleh dipaksa sebab setiap jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alahai… comelnya tajuk 😂

    ReplyDelete
  2. Tajuk dia kelakar. Perasan rumah kampung tu selalu ada dalam drama. Tengok drama genre komedi dan hiburan santai santai okaylah.

    ReplyDelete