Semanis Senyumanmu (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Semanis Senyumanmu
Produksi : Parallax Pictures
Pengarah : Faizul Jais
Penulis Skrip : Nur Hussein
Siaran : Disney+Hostar
Mula Tayangan : 1 Jun 2021
Episod : 16
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni, Abbas Mahmood, Akhmal Nazri

Semanis Senyumanmu (TV3) | Sinopsis Drama

Semanis Senyumanmu mengisahkan Azim (Aiman Hakim Ridza) yg bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan selalu mendapat pujian. Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasak Azim tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan mereka mengatakan sedap dan tiada yg kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan yang pelanggan tersebut perasan bagus.


Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat segala manisan sejak putus dengan teman lelakinya.

Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baik merehatkan diri sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.


Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yg mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yg sama mengkritik kuih lopesnya tempoh hari. terus kritik balik roti buatan Azra tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandang itu adalah kepakarannya. adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?

Lagu Tema/OST : Luqman Podolski - Kalau Kau Rindu
Lagu Penutup : Daiyan Trisha - Thinking About Us

Post a Comment

4 Comments

  1. Belum tengok lagi ceritanya. Kena langgan disney+hotstar kalau nak tengok. huhu...

    ReplyDelete
  2. belum tengok lagi cerita ni..tp pelakonnya comel dan hensem

    ReplyDelete
  3. interesting lahhh. cerita bersangkut paut dengan makanan!

    ReplyDelete