Drama Thailand | Praomook (2021)


Title : Praomook
Director : Sarasawadee Wongsompetch
Network : Channel 3 / VIU
Aired : 10 May 2021 - 5 Jul 2021
Episodes : 15
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Pon Nawasch, Bua Nalinthip, Krating Khunnarong, Mint Ranchrawee, Sakul Kanyapak, Bow Benjawan, Ta Warit, Meen Nichakoon, Build Jakapan


Praomook/Mook (Bua Nalinthip) bercita-cita mahu fokus pada minatnya untuk menjadi DJ selepas habis belajar tapi terpaksa pulang ke Thailand apabila mendapat berita ayahnya jatuh sakit. 

Mook terpaksa mencari duit bagi membayar hutang ayahnya untuk mengelak rumah mereka dilelong, dan juga kos perubatan bapanya. Suatu hari, kawan bapanya datang melawat dan mahu membantu membayar hutang keluarganya dengan syarat Mook kena berkahwin dengan anak mereka, Chalunthorn/Lan (Pon Nawasch).

Sebenarnya Mook dan Lan pernah bertunang waktu sekolah dulu sebab mak bapa Lan percaya yg Mook boleh menghalau segala nasib buruk yang menimpa Lan. 


Lan pula tak pernah sukakan Mook sejak zaman sekolah lagi, banyak kali juga Lan reject rancangan perkahwinan tersebut sampai dia terpaksa mengaku kononnya gay dan bercinta dengan kawan baiknya, Marut (Krating Kunnarong).

Mook tetap nak teruskan perkahwinan tersebut sebab dia tak percaya Lan dan Marut pasangan gay lagipula Marut pula playboy, takkan tiba-tiba sukakan lelaki kot. so Mook nak cari bukti yang semua ini adalah rancangan Lan plus Mook ada buat perjanjian dengan bapa Lan.

nyawa Lan dalam bahaya apabila sering menjadi sasaran musuh dan dia sendiri pun tak tahu siapa punya angkara. setiap kali kena serang mesti Mook ada dan selamatkan dia. Lan syak semua ini rancangan jahat Mook untuk berkahwin dan bolot harta keluarga dia.


drama Praomook ni baru tayang sampai episode 12 di ViU, start tengok drama ni sebab suka gandingan hero dan heroin dia dan plot di awal nampak macam menarik juga sebab tertanya-tanya siapa yg berdendam dengan Lan.

review yang aku boleh buat setakat episode 12 just satu terlampau dragging. tak habis repeat isu sama dan tak ada progress pada watak mahupun relationship antara main couple. formula lakorn ni sama sahaja, benci-benci pastu jatuh cinta tapi sampai episode 12 asyik bergaduh tak ada progress, penat pula tengok dengan watak hero dia yang sangat annoying.

aku rasa director ni terlupa isu utama kat sini ada orang nak bunuh Lan, siapa pembunuhnya? isu ni macam tenggelam arah, tak tahu la kalau saja simpan dan kat hujung baru nak dedahkan semuanya. so ada lagi 3 episod lagi aku nak kena habiskan, harapnya ending dia best.

Post a Comment

7 Comments

  1. Dah masuk waiting list sebab tengok orang lain review cakap best. Baca tiara cakap ni rasa nak cancel tengok pulakkk hahaha

    ReplyDelete
  2. Layan jg drama ni..tapi itulah letih minda nk hbs kan satu ep..tak habis2 bergaduh..

    dgr khabar dah dipendekkan jd 15 ep..

    ReplyDelete
  3. drama thai memang sedap jalan ceritanya. cuma abe kie lebih minat tgok filem seram thai aje....

    ReplyDelete
  4. baca tajuk tu terus teringat nasi kawmok heheheh

    ReplyDelete
  5. tak bestnya kalau isu utama tenggelam tanpa jawapan... kalau ada season 2 and konfem tahu siapa yg nak bunuh Lan, mungkin boleh pertimbangkan utk tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi 3 episod i xtengok, mgu ni baru habis tayang drama ni. tgu nak tengok last episod je baru tahu jawapannya kot..hehe

      Delete
  6. Kahwin paksa cliche tapi perjalanan cerita tu menarik. Banyak dugaannya

    ReplyDelete