Title : Praomook
Director : Sarasawadee Wongsompetch
Network : Channel 3 / VIU
Aired : 10 May 2021 - 5 Jul 2021
Episodes : 15
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Pon Nawasch, Bua Nalinthip, Krating Khunnarong, Mint Ranchrawee, Sakul Kanyapak, Bow Benjawan, Ta Warit, Meen Nichakoon, Build Jakapan
Praomook/Mook (Bua Nalinthip) bercita-cita mahu fokus pada minatnya untuk menjadi DJ selepas habis belajar tapi terpaksa pulang ke Thailand apabila mendapat berita yg ayahnya jatuh sakit.
Mook terpaksa mencari duit untuk membayar hutang ayahnya untuk mengelak rumah mereka dilelong, dalam masa yg sama terpaksa membayar kos perubatan bapanya. Suatu hari, kawan bapanya datang melawat dan mahu membantu membayar hutang keluarganya dengan syarat Mook kena berkahwin dengan anak mereka, Chalunthorn/Lan (Pon Nawasch).
Sebenarnya Mook dan Lan pernah bertunang waktu sekolah dulu sebab mak bapa Lan percaya yg Mook boleh menghalau segala nasib buruk. mereka paksa Lan untuk berkahwin dengan Mook apabila Lan tak habis ditimpa kemalangan.
Lan pula tak pernah sukakan Mook sejak zaman sekolah lagi, banyak kali juga Lan reject rancangan perkahwinan tersebut sampai dia terpaksa mengaku kononnya gay dan bercinta dengan kawan baiknya, Marut (Krating Kunnarong).
Mook tetap nak teruskan perkahwinan tersebut sebab dia tak percaya yg Lan ni gay dan Marut ni pula playboy takkan tiba-tiba sukakan lelaki kot so Mook nak cari bukti yg ini semua rancangan Lan. lagi pula Mook dah buat perjanjian dengan bapa Lan untuk mencari jalan supaya
nyawa Lan dalam bahaya apabila dia sering menjadi sasaran musuh yg dia sendiri pun tak tahu siapa. setiap kali kena serang mesti Mook ada dengan dia dan selamatkan dia. Lan syak yg ini semua rancangan jahat Mook untuk kahwin dan bolot harta keluarga dia.
drama Praomook ni baru tayang sampai episode 12 di ViU, start tengok drama ni sebab suka gandingan hero dan heroin dia dan plot di awal nampak macam menarik juga sebab tertanya-tanya siapa yg berdendam dengan Lan.
setakat episode 12 ni apa yg boleh komen drama ni terlampau dragging, asyik repeat isu yg sama dan tak ada progress pada watak mahupun relationship antara main couple. formula lakorn ni sama sahaja, benci-benci pastu jatuh cinta tapi sampai episode 12 asyik bergaduh tak ada progress, penat pula tengok dengan watak yg ada pun annoying.
aku rasa director ni terlupa isu utama kat sini ada orang nak bunuh Lan, siapa pembunuhnya? isu ni macam tenggelam arah, tak tahu la kalau saja simpan dan kat hujung baru nak dedahkan semuanya. so ada lagi 3 episod lagi aku nak kena habiskan, harapnya ending dia best.
7 Comments
Dah masuk waiting list sebab tengok orang lain review cakap best. Baca tiara cakap ni rasa nak cancel tengok pulakkk hahaha
ReplyDeleteLayan jg drama ni..tapi itulah letih minda nk hbs kan satu ep..tak habis2 bergaduh..
ReplyDeletedgr khabar dah dipendekkan jd 15 ep..
drama thai memang sedap jalan ceritanya. cuma abe kie lebih minat tgok filem seram thai aje....
ReplyDeletebaca tajuk tu terus teringat nasi kawmok heheheh
ReplyDeletetak bestnya kalau isu utama tenggelam tanpa jawapan... kalau ada season 2 and konfem tahu siapa yg nak bunuh Lan, mungkin boleh pertimbangkan utk tengok
ReplyDeleteada lagi 3 episod i xtengok, mgu ni baru habis tayang drama ni. tgu nak tengok last episod je baru tahu jawapannya kot..hehe
DeleteKahwin paksa cliche tapi perjalanan cerita tu menarik. Banyak dugaannya
ReplyDelete