Lagu Untuk Suri (TV3) | Review Telefilem

Lagu Untuk Suri (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Lagu Untuk Suri
Produksi : Primeworks Studios
Pengarah : Isqandar Jebat
Penulis Skrip : Ayu Amirrol
Siaran : TV3
Tayangan : 1 Februari 2020
Pelakon : Sissy Iman, Naim Daniel, Sweet Qismina, Aida Aris, Aman Graseka


Lagu Untuk Suri mengisahkan Johan (Naim Daniel) yg bercita-cita untuk menjadi penyanyi tapi selalu gagal dalam sesi ujibakat. Sara (Sweet Qismina) dan Zam banyak membantu mencari peluang untuk kembangkan bakat Johan melalui busking dan juga ujibakat.

Abhar (Aman Graseka) tidak suka dengan cita-cita Johan sebab tak menjaminkan masa depan yg cerah. lagipun keluarga mereka miskin, Abhar mahu Johan untuk mencari pekerjaan tetap.

Johan bertemu Suri (Sissy Iman) ketika menemani Zam membeli laptop gadis tersebut. walaupun pertemuan pertama perangai Suri nampak annoying tapi Johan mula jatuh hati pada Suri apabila ternampak Suri menolong orang lain dan memberi makan kepada kucing terbiar.

Mereka selalu bertemu namun apabila Johan meluahkan perasaannya pada Suri tiba-tiba sahaja Suri menghilang tanpa dapat dihubungi.


Suri dan Sara sebenarnya adik-beradik, Sara selalu memberontak dan mempunyai masalah displin di kolej. Sara menganggap ibunya lebih sayangkan kakaknya dan penat apabila selalu dibandingkan dengan Suri.

Sara menyimpan perasaan pada Johan sebab itu dia selalu ponteng kelas semata-mata mahu membantu Johan mencapai impiannya sebagai penyanyi. apa yg terjadi bila Suri tahu yg Sara juga menyimpan perasaan pada Suri?

lagu yg digunakan dalam telemovie Lagu Untuk Suri memang best macam Sumpah dan Sekali Lagi iyelah dah pelakon dia pun Naim Daniel. cuma tak berkenan bila muzik latar banyak guna theme song drama korea kenapa bukan lagu Naim Daniel?

overall jalan cerita ok la walaupun agak klise for me sebab macam pernah jumpa telemovie lama yang jalan cerita lebih kurang macam ni.

Post a Comment

7 Comments

  1. Baru tengok suku je cerita ni tak habis. Nanti ada masa boleh sambung tengok semula.

    ReplyDelete
  2. i still processing lagi dgn naim daniel sbb i tak rasa his acting is good yet huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me aura untuk dia pegang watak hero tu tak kuat tapi not bad la lakonan dia..hehe

      Delete
  3. Alamak.. lagu latar tak kena dengan drama ye.. memang tak bestlah..

    ReplyDelete