Wild Sing (2026) | Review Movie

Wild Sing (2026) | Review Movie

Wild Sing sebuah filem komedi mengisahkan Hwang Hyun Woo (Kang Dong Wong) yang dapat peluang untuk debut dalam kumpulan trio bernama Triangle bersama Do Mi (Park Ji Hyun) dan Sang Gu (Uhm Tae Goo). Mereka menjadi kumpulan trio terkenal bila lagu debut berjaya menyapu bersih semua carta muzik di korea. 

Waktu promote second album, mereka terpalit kontroversi bila lagu mereka dituduh plagiat lagu luar. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpecah dan bawa haluan masing-masing.

Wild Sing (2026) | Review Movie

20 tahun kemudian, Hyun Woo ni masih kekal dalam industri buat job jadi guest artist dalam radio show tapi itupun tak tahan lama sebab tak kelakar so produser kick je dia. Hyun Woo struggle juga nak cari job dan tiba-tiba dia dapat tawaran untuk join muzik festival yang panggil penyanyi lama yang pernah popular untuk buat reunion dan buat comeback.

syaratnya, Hyun Woo kena join dengan member group dia yang lain. benda ni macam payah juga sebab mereka bukan ngam sangat dulu. Sanggu sekarang ejen insuran dan hidup dia pun struggle sebab banyak hutang. Kehidupan Do Mi nampak bahagia bila dia dapat kahwin dengan chaebol tapi stress juga sebab dapat emak mertua yang cerewet.

tapi akhirnya mereka setuju untuk reunion dan join show tersebut. Dalam perjalanan nak pergi ke lokasi tersebut macam-macam benda lah yang terjadi.

Wild Sing (2026) | Review Movie

semasa zaman populariti mereka, macam kesian juga sebab kena tipu dengan manager. walaupun sempat promote dua album tapi mereka langsung tak terima bayaran. bila kontroversi mereka timbul, manager mereka boleh pula lari luar negara tinggalkan diorang terkontang-kanting nak jawab soalan wartawan.

tapi itulah time tengah famous nyampah juga dengan Hyun Woo sebab kemain kekwat. Mana-mana show cuma Hyun Woo dan Do Mi yang dapat spotlight. kesian Sanggu sebab dia selalu je tersisih pastu line dia tak banyak.

Wild Sing (2026) | Review Movie

aku rasa paling kesian dengan pacik ni. Choi Seong Gon (Oh Jung Se), penyanyi solo yang tengah famous waktu. gara-gara tersalah masuk tempat salah masa, dalam sekelip mata populariti dia musnah gara-gara kontroversi yang berlaku. Seong Gon pun desperate juga nak buat comeback balik.

Wild Sing (2026) | Review Movie

masa ternampak trailer filem ni keluar, excited juga nak tengok sebab tak pernah imagine Kang Dong Won dan Uhm Tae Goo nak bawa watak idol menyanyi dan menari macam ni. comel tengok diorang punya lagu dan dance.

aku rasa filem ni macam projek santai mereka dua sebab jalan cerita dia pon simple tapi best la layan serius kelakar sebab masing-masing punya watak macam masuk air sikit.

Post a Comment

0 Comments