Amanat (TV3) | Review Telefilem

Amanat (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Amanat
Produksi : Art Ornament Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Azril Hamzah
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 25 April 2020
Pelakon : Nafiz Muar, Raja Atiq, Hilal Azman, Zack Kool, Fify Azmi

Amanat mengisahkan Munir (Hilal Azman) yg mahu melihat kedua-dua anak lelakinya menjadi qari yg berjaya. Namun, cara didikan Munir yg terlalu tegas dan selalu menghukum mereka dengan rotan menjadikan Hasan (Nafiz Muar) dan Husin (Raja Atiq) memberontak.

Suatu hari, Munir mengamuk bila tahu Hasan dan Husin menipunya dengan pergi ke pusat karaoke. Munir berputus asa lalu menghantar Hasan dan Husin ke sekolah pondok supaya mereka menjadi qari dengan bimbingan ustaz di situ.

Malangnya Hasan terpengaruh dengan kawan di situ, Husin yg cuba menegur abangnya pula dimarahi menyebabkan hubungan mereka dua beradik menjadi keruh. Hasan melarikan diri ke Kuala Lumpur mengikut kawannya itu.


Setahun selepas itu, Husin cuba mencari abangnya tapi usahanya gagal. Husin menanguhkan pengajiannya ke Mesir untuk menjaga bapa mereka yg sakit. dalam masa yg sama Husin terus belajar mengaji dengan Pak Zahar untuk meneruskan amanat Munir.

Hasan di Kuala Lumpur pula hidup tak menentu. kerana desakan duit, Hasan bekerja sebagai penyanyi kelab. lama-kelamaan Hasan mula bosan dengan kehidupannya di bandar dan rindu untuk mengaji semula.


telefilem Amanat ni penuh dengan pengajaran tentang amanat seorang bapa yg mahu melihat anak-anaknya menjadi qari dan mendalami ilmu agama cuma cara didikan Munir tu yg tak berapa kena. bila terlalu tegas, anak-anak pula yg rasa terpaksa dan terbeban sampai tak boleh nak enjoy dengan life mereka.

cerita ni agak sedih juga bila selitkan hubungan antara adik-beradik yg saling menyayangi tapi tak terlepas bila wujud pergaduhan dan persaingan antara mereka. bergaduh macam mana pun, air yg dicincang takkan putus.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak perasan lak telefilem ni. Nak tengok lah kat youtube nanti. Tq share link

    ReplyDelete
  2. baca sinopsis pun boleh tau byk pengajaran berguna dlm drama ni

    ReplyDelete
  3. Baca sinopsis je dah tersentuh hati... belum tengok lagi..

    ReplyDelete
  4. klu cerita yg libatkan siblings ni .... im so emotional

    ReplyDelete