Movie Review | Petaka: Syurga Ini Milikmu (2021)


Tajuk : Petaka: Syurga Ini Milikmu
Produksi : Arie Zaharie Production & AA Success Pictures
Pengarah : Azhari Zain
Penulis Skrip : Azhari Zain
Siaran : Astro First
Tayangan : 4 Februari 2021
Durasi : 85 minutes
Pelakon : Azman Ahmad, PU Azman, Nabila Huda, Jaja Iliyes, Wan Maimunah, Coki

Filem Petaka yg ditayangkan di Astro First mengisahkan Sham (Azman Ahmad) yg menyara ibu (Wan Maimunah) yg mengidap kencing manis dan adiknya Ekin (Jaja Iliyes) dengan membuat kerja-kerja kampung.

Upah yg diterima Sham pun hanya cukup untuk makan mereka tiga beranak. jauh di sudut hati, Sham nak tebus kembali rumah pusaka keluarga mereka dan hantar Ekin sambung belajar.


Haziq (PU Azman), tauke kedai perabot terdesak untuk cari orang ambil barang. Kak Jah yg tahu kesusahan hidup Sham mencadangkan Haziq untuk mengambil Sham bekerja sebagai runner.

kerja Sham senang saja cuma perlu ambil barang di sempadan dan hantar ke tempat Dato Jamil. syaratnya jangan banyak tanya, jangan periksa isi kandungan barang dan jangan melencong ke tempat lain. upah yg ditawarkan juga lumayan.


dalam masa yg singkat sahaja Sham dah mampu beli macam-macam untuk keluarganya termasuk tebus balik rumah pusaka keluarga mereka. Sham pun sebenarnya pelik juga kerja dia cuma hantar barang sahaja tapi upah bukan main berganda.

suatu hari, Sham cuba periksa isi kandungan barangan yg dihantarnya dan temui sesuatu yg mengejutkan. apakah yg terjadi kepada Sham dan keluarga bila konco-konco Dato Jamil menyedari Sham melanggar syarat yg ditetapkan?


waktu nampak poster filem Petaka langsung tak rasa tertarik , tapi lepas baca review Farhana Jafri try juga tonton. nampak menarik jalan cerita bila filem Petaka mengangkat isu keldai dadah. 

walaupun tak ada nama besar dalam filem ini kecuali Nabila Huda tapi semua pelakon sangat mantap. Azman Ahmad dah lama tak berlakon boleh bawa utama dengan baik, Pu Azman pula aku tak ada masalah dengan lakonan dia sebab dah pernah tengok dia bawa watak penunggang agama dalam telemovie Iman Hakiki.


filem banyak beratkan pada emosi sebab tu kot aku rasa jalan cerita dia agak rapuh. kalau di penghujung akan tahu siapa sebenarnya Ima (Nabila Huda) tapi sampai ke sudah aku tak tahu Haziq ni di pihak yg baik atau jahat. 

bila Sham bagitahu isi barang tu, Haziq pula terkejut like seriusly takkan tahu kot apa benda yg kau kena deal selama ni. kalau mangsa keadaan sekali pon takkan tak pelik dapat bayaran lumayan. dah la scene Sham nak pi selamatkan adik dia, ya ampun serabut betul. ntahla tengoklah sendiri trailernya sebab dalam trailer pun dah boleh nampak the whole story.

Post a Comment

11 Comments

  1. lama x tgk wan maimunah berlakon...

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak PU Azman ada berlakon hahahha terkejut tengok nama dia listed dalam cast... interesting movie...

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha first half cantik masuk secod half macam asal boleh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe..banyak giler benda tak puas hati kat hujung2 tu. nak rant lebih2 pun malas nanti habis semua spoiler i cerita..hahaha

      Delete
  4. Belum tengok lagi filem ni. Agak hambar ye jalan cerita nya.

    ReplyDelete
  5. Owh.. Isu keldai dadah ye.. Menarik tapi lepas baca review cam berat hati lak nak tengok.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. starting memang best masuk pertengahan cite dah rasa macam malapetaka..haha

      Delete