Kampung Pisang Bersiri-Siri (Astro Citra) | Review Drama

Kampung Pisang Bersiri-Siri (Astro Citra) | Sinopsis Drama

Drama : Kampung Pisang Bersiri-Siri
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw
Siaran : Astro Citra
Mula Tayangan : 7 Disember 2020
Episod : 12
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Aziz M Osman, Kazar, Mat London, Bell Ngasri, Adi Affendi, Rashid Othman, Rasydan Zakaria, Ahmad Yassin, Nizam Mokram, Nur Fitri

Astro buat pertama kalinya membawa francais filem blockbuster Mamat Khalid ke kaca tv dalam bentuk drama bersiri premium. 

menariknya dalam Kampung Pisang Bersiri-Siri watak asal seperti Pak Jabit dan Cik Purnama masih dikekalkan malah watak sampingan juga diperkenalkan seperti Pak Din, Pak Kassim dan Cik Chun.

Kampung Pisang Bersiri-Siri akan bersiaran sebanyak 12 episode dan mula ditayangkan mulai 7 Disember 2020, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Citra.

Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-siri

Kampung Pisang Bersiri-Siri sebuah kisah penduduk Kampung Pisang yg dilanda misteri dan pelbagai masalah. kedai Pak Jabit (Aziz M Osman) dijadikan tempat penduduk kampung berkumpul untuk membincangkan isu-isu semasa yg berlaku di kampung mereka.

Dalam episode 1, penduduk Kampung Pisang digemparkan dengan kehadiran toyol yg mencuri barang kemas. belum reda isu tersebut, kehidupan mereka bertambah rumit apabila bekalan air Kampung Pisang terputus beberapa hari.

Khuda mengambil kesempatan tersebut menolong orang kampung mengambil air dari gunung berhampiran untuk kegunaan penduduk kampung disamping dijadikan sumber pendapatannya. masalah air berjaya diselesaikan oleh syarikat air tapi tak lama kemudian masalah ini berulang kembali seolah ada pihak yg cuba sabotaj dengan menutup paip air utama Kampung Pisang.

Pak Din (Kazar) tidak mahu masalah ini berlarutan cuba mencari orang yg boleh membaca ayat rugyah mudah-mudahan paip air utama dapat dibuka. malangnya tak ada siapa yg mahu mengalas tugas tersebut terpaksalah penduduk kampung meminta bantuan daripada Pak Salam Joko, tok bomoh dari Indonesia bagi menyelesaikan masalah air.

selepas bekalan air berjaya dipulihkan, penduduk masih lagi runsing dengan masalah kecurian angkara toyol. kali ini mereka meminta bantuan daripada bomoh siam Chomprak.

akhirnya terjawab sudah milik siapa toyol dan juga segala misteri yg berlaku. rupanya ada yg cuba mengambil kesempatan atas kesusahan penduduk kampung demi kepentingan diri sendiri. nak tahu apa yg sebenarnya berlaku boleh teruskan menonton drama Kampung Pisang Bersiri-Siri.

aku tak tengok semua filem Mamat Khalid tapi filem yg ada kaitan dengan kampung pisang dan hantu kak limah memang aku tengok dan my favourite. walaupun baru first episode, aku dah terhibur tengok drama ni. masa scene Chomprak datang nak halau toyol, tergelak bila teringat scene dia kena lipat dengan hantu kak limah sekali hantu kak limah betul datang dalam drama ni. nasib baik kena halau dengan orang kampung kalau tidak bertambah trauma Chomprak ni.

Kampung Pisang Bersiri-siri banyak juga sindir isu semasa yg berlaku dalam negara tapi disampaikan dalam bentuk komedi, terasa lebih santai untuk ditonton.

Post a Comment

35 Comments

  1. Aziz M. Osman pun join...best ni...saya minat aziz. dah tua pun comel

    ReplyDelete
  2. Kena tengok nanti slps abis menanda buku latihan murid2.

    ReplyDelete
  3. Baru ni sis tengok tapi tak tengok dari awal...hope ada ulangan nanti

    ReplyDelete
  4. It is good to know that they included satire in this movie which will make it more enjoyable and definitely relatable. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Yeayyyy kalau Tiara kata best, nak tengok jugak lah nanti. Tapi nak marathon dulu movie2 awal tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak benda dalam drama ni yg relate dgn filem. kalau dah tengok movie dia mesti lagi enjoy layan yg bersiri ni :)

      Delete
  6. Kelakar juga melayan drama bersiri ini.. Nicelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar kak sha. jomlah tengok..hehe

      Delete
    2. Akak layan dah episod 1 memang, kelakar.. Tak sangka si Kudha tu punya kerja..

      Delete
  7. First time heard about this drama... Looks good and funny.. hehehe.. Time to watch drama...

    ReplyDelete
  8. Memang di tunggu-tunggu ni... mesti kelakar laaa ceritanya sama sebelum ni di filem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sis. kalau follow hantu kak limah dgn cite kampung pisang, mestilah boleh layan drama bersiri ni :)

      Delete
  9. Kalau Mamat Khalid mesti ada genre humor. Tak sabar next episode minggu depan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak tahu misteri apa pula yg menanti untuk episode 2..hehe

      Delete
  10. Wow...... Zombie Kampung pisang ads drama series pulak. Menarik! Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  11. ada tengok iklan kat rumah mertua. tapi kat rumah sendiri takda tv. melepasss huhu.. ramai kata lawak

    ReplyDelete
  12. Wah nesti syok drama ni. Dari filem ke filem.. mesti kelakar makin menjadi-jadi hehehe

    ReplyDelete
  13. halahh takder Astro pilak kita , tapi saya memang suka tau apa2 drama atau filem arahan MAMAT KHALID sebab lain dari yang lain ...hari tu baru jer lepas tengok Hantu Kak Limah , sumpah kelakar cerita dia walaupun dah lama tapi saya yang baru ada kesempatan tengok , itupun sebab baru masuk kat NETFLIX

    ReplyDelete
  14. Alaaaa macam best je kalau dapat tengok tapi kita tak ada astro tsktsk kena la tunggu kotkot ada keluar dekat tempat lain

    ReplyDelete
  15. Khuda tu pun pelakon asal dari filem dia gak..suami arwah kak limah haha..eh tu filem kak limah ek..ah sudahhh, konfius kita jadinyaa 😂

    ReplyDelete
  16. Kalau sindir isu2 semasa ni saya suka. At least bukan komedi kosong.

    ReplyDelete
  17. Marsha terlepas episod 1st kampung pisang bersiri-siri ni. Nanti nak tengok ulangan dia

    ReplyDelete
  18. Bersiri pulak ye. Anak-anak suka melayan citer kampung pisang yang sebelum sebelum ni. Astro dah takde takleh layan dah

    ReplyDelete
  19. Nampak gak iklan kat tv cam menarik je tapi tak ada la plak channel ni heheh

    ReplyDelete
  20. oh di astro rupanya... tengok klip di utube pun dah gelak-gelak. haha mesti best full drama ni

    ReplyDelete
  21. kalau ada kaza mesti jadi cite tu..hahaha..hai sis saja singgah,jom join giveaway saya https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html

    ReplyDelete
  22. ohhh ada siri ya.. ingatkan movie ja

    ReplyDelete
  23. Dah banyak kali nak tengok, tak jadi jadi...

    ReplyDelete
  24. Yang jadi pak Salam joko bomoh asal indonesia tu sapa ya nama asli dia

    ReplyDelete