Title : Flower of Evil
Director : Kim Chul Gyu
Screenwriter : Yoo Jung Hee
Network : TVN
Aired : 29 July 2020 - 23 Sep 2020
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Lee Joong Gi, Moon Chae Won, Jang Hee Jin, Seo Hyun Woo,
Choi Young Joon, Kim Ji Hoon, Son Jong Hak, Nam Ki Ae


Cha Ji Won seorang detektif yg sangat beruntung ada suami yg sangat memahaminya dengan menguruskan kerja rumah dan juga anak mereka.  kehidupan Ji Won memang sangat bahagia dengan Baek Hee Sung tapi satu je yg kurang iaitu keluarga mertua yg tak pernah suka padanya.

Ji Won buat macam-macam benda untuk ambil hati mak dan pak mertua dia tapi pelik juga mereka masih dingin dengan Ji Won termasuk dengan anaknya, Eun Ha. sebenarnya Ji Won tak tahu yg keluarga Hee Sung ada satu rahsia besar. 


pekerjaan Ji Won sebagai polis yg buat Baek Man Woo dan Gong Mija tak boleh nak rapat dan selalu bagi warning pada Baek Hee Sung sebab takut rahsia mereka terbongkar. rahsia apa tu? jeng..jeng..jeng..


Baek Hee Sung sebenarnya adalah Do Hyun Su anak kepada pembunuh bersiri Do Min Seok. selepas kematian bapanya, hidupnya sangat struggle bila dituduh membantu bapanya melakukan jenayah selepas pisau yg digunakan untuk membunuh telah dijumpai dalam beg sekolah Hyun Su. namun kes tersebut tak dapat diselesaikan dan Hyun Su juga telah melarikan diri daripada kampungnya.

Hyun Su terlibat dalam kemalangan dalam satu kemalangan dan Baek Man Woo telah memberi identiti baru kepadanya iaitu Baek Hee Sung, anak lelaki tunggal kepada Baek Man Woo dan Gong Mija. Hee Sung bekerja sebagai metal craftman dan kemudian bertemu dengan Cha Ji Won.


dari first episode lagi tak senang duduk tengok drama ni, takkan hero dia bunuh orang kot. lagi bertambah saspen bila Hee Sung bertemu semula dengan kawan sekolah dia yg kini telah bekerja sebagai wartawan iaitu Kim Moo Jin.

Kim Moo Jin singgah ke kedai tu nak cari Baek Hee Sung tapi dah cuak bila jumpa Do Hyun Su. lagi bertambah cuak bila Moo Jin ni kena kurung di basement rumah Hee Sung. Hee Sung kemudiannya dapat tahu yg Kim Moo Jin tengah gali balik kes lama dia dulu.

malang tak berbau, bila ada satu kes pembunuhan yg guna cara yg sama macam kes Do Min Seok dan semua bukti point kepada Do Hyun Su. time ni lah Moo Jin buat tawaran pada Hee Sung untuk bekerjasama cari pembunuh sebenar dan bersihkan nama Do Hyun Su sebab Moo Jin tahu Hee Sung tak salah plus ini je cara dia nak lepaskakan diri dari kurungan.


aku tak suka sangat cara Cha Ji Won buat kerja sebagai polis sebab dia sangat emo. lepas tu Ji Won cuma percaya dengan benda yg dia nampak, kalau takde kena mengena dengan kes jangan harap dia nak siasat. bila dia tahu identiti Hee Sung yg sebenarnya pergh time ni rasa sakit hati juga tengok Ji Won yg tak habis fikir negatif pasal Hee Sung.

the real detective dalam drama ni ialah Detective Choi Jae Sup sebab instinct detektif dia sangat kuat, banyak kes dapat selesai disebabkan dia. tapi aku kecewa juga dengan Detective Choi ni sebab bila berlaku kes bunuh pembantu rumah, Detective Choi tiba-tiba senang pula percaya cakap Gong Mija dan terus arahkan pasukan polis untuk tangkap Hee Sung.

pasukan polis tahu yg Do Min Seok ada rakan jenayah lain ketika melakukan pembunuhan tapi rasanya polis tak percaya sangat dengan hint tersebut. mereka tak pernah serius nak siasat pasal benda tu. detective ni semua distracting dengan banyak benda lain terutama sekali nak tangkap Do Hyun Su a.k.a Baek Hee Sung. polis ni tak tahu yg pembunuh sebenar lagi psiko.

bagi aku, Hee Sung sebenarnya mangsa keadaan yg mana orang ambil kesempatan pada kekurangan dirinya dan juga sebab bapa dia pembunuh bersiri.


sebelum ni Moon Chae Won dan Lee Joon Go dah pernah berlakon bersama dalam Criminal Minds, so tak hairan sangat nampak mereka berdua sangat selesa bekerjasama dalam drama ni. watak Cha Ji Won dan Baek Hee Sung/ Do Hyun su agak berat tapi boleh deliver dengan baik watak masing-masing.

overall memang best layan drama ni sebab dari awal siri asyik berteka-teki siapa pembunuh dia yg sebenar. bila rahsia Baek Man Woo dan Gong Mija mula terdedah kepada penonton rasanya dah boleh tahu pembunuhnya tapi itulah nak kena tunggu sampai penghujung baru tahu connection antara pembunuh, Hee Sung dan juga Baek Man Woo dan Gong Mija.

ok satu lagi, pelakon yg bawa watak pembunuh tu pun best juga, bila dia bercakap perghh meremang wei, dia punya psiko to memang level lainlah.