Movie Review | Kerana Korona (2021)

Movie Review Kerana Korona (2021)

Tajuk : Kerana Korona
Produksi : Wildsnapper TV
Pengarah : Khabir Bhatia
Penulis Skrip : Natasha Azlan, Zaim Zakki, Shemad Al-Jufri
Siaran : Astro First
Tayangan : 21 Januari 2021
Durasi : 1 jam 25 minit
Pelakon : Rashidi Ishak, Rita Rudaini, Idan Aedan, Umar Shakur, Shasha Abedul, Ummi Nazeera, Anwar Beg Moghal, Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar

Filem Kerana Korona arahan Khabir Bhatia mempersembahkan tiga kisah yg diinspirasikan daripada latar sebenar ketika negara berada dalam situasi pandemik Covid19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP).


kisah pertama dalam Kerana Korona mengenai Bob (Umar Shakur) yg berasa gembira dengan PKP sebab dapat meluangkan lebih masa dengan keluarganya tapi macam tak ada perubahan bila duduk rumah pun masing-masing masih lagi sibuk.

Razman (Rashidi Ishak) sibuk dalam bilik kerja padahal seronok bersembang dengan skandal dia. Zati (Rita Rudaini) tahu suami dia ada perempuan lain tapi pilih untuk abaikan sahaja sebab dah penat nak bertengkar setiap kali mereka bersua muka. 

Harun (Idan Aedan) sebagai anak sulung lagi selesa mengurungkan diri dalam bilik. Bob merasakan dia perlu buat sesuatu untuk menyatukan kembali keluarganya dan buat ibu dan ayahnya boleh berbaik kembali seperti dahulu.


antara sebab Harun suka duduk dalam bilik adalah nak usha jiran sebelah rumah dia iaitu Maya (Sheila Abdul). terkejut juga Harun bila suatu malam tu ternampak Maya keluar malam dan kantoi juga bila Maya perasan Harun selalu ambil gambar dia. kerana perkara tersebut juga mereka berkawan dan Maya ajak Harun keluar lepak sekali.

mulanya Harun takut juga nak curi keluar iyelah time PKP kot kalau kena tangkap dengan polis jadi masalah lain pula. tapi duduk rumah pun rimas juga tengok mak bapa dia tak habis bergaduh so Harun setuju ikut Maya.


kisah kedua pula mengenai warga emas iaitu Leman (Jalaludin Hassan) yg degil dan tak nak ikut SOP yg ditetapkan ketika PKP, lain pula dengan cik Laila (Fatimah Abu Bakar) yg risau dengan Covid19 sampai takut nak keluar rumah.

Leman ajak Laila berkebun depan rumah mereka yg ada tanah lapang dan Laila bersetuju dengan syarat Leman tak keluar dari kawasan rumah mereka dan merayau keluar. Laila sebenarnya sunyi sebab dah lama tak berhubung dengan anaknya.


kisah ketiga pula mengenai Dr Janna (Ummi Nazeera) yg berdepan dengan dilema antara tanggungjawab dan pendirian. Janna tahu kesusahan yg dihadapi Arman Khan (Anwar Beg Moghal) pekerja asing yg ditipu majikan dan Arman cuba melindungi rakannya yg tiada permit kerja.

Janna menyuruh Arman menghantar rakanya yg sakit ke hospital dan menyuruh mereka membuat swab test tapi setiap kali itu juga Arman merayu kerana tak mahu rakannya ditahan imigresen.

Kerana Korona (2021)

kalau sebut filem Khabir Bhatia memang best la tengok cinematography dia. lokasi shooting pun cantik, suka tengok rumah kampung cik Laila dengan pacik Leman dan interior rumah keluarga Bob pun lawa.

Kerana Korona bertemakan kekeluargaan sesuai untuk ditonton dengan keluarga secara santai tapi jangan letak expectation yg tinggi sangat untuk jalan ceritanya.

Post a Comment

17 Comments

  1. omaigadd cam best je..situasi sebenar kan..lebih kurang la

    ReplyDelete
  2. Tengok promo iklan cerita ini macam menarik.

    ReplyDelete
  3. omg tau laki ada scandal tapi ignore sbb malas nak gduh.. this is sad truth

    ReplyDelete
  4. Citer dari Khabir Bhatia memang lawa2. suka tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes cinematography dia lawa, memang best layan :)

      Delete
  5. Oh mcm cerita tv3 tu kan..apa hadiah dari tuhan ke..citer tentang covid juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurangla tapi lebih tunjuk situasi dalam rumah time pkp

      Delete
  6. Tak perasan pulak cerita ni. Cantik tengok cinematography drama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe kurang promo kot. perasan cite ni pun sebab tertengok behind the scene kat tv aritu..

      Delete
  7. wah macam best ja cerita ni, nak tgok la lepas ni ^^ nak langgan astro first

    ReplyDelete
  8. Dok aim dah nk tengok cerita ni tapi lupa plak

    ReplyDelete
  9. Macam menarik untuk ditonton.. Tambahan pula arahan Khabir Bhatia.. Mesti cantik kan..

    ReplyDelete