Derai (TV3) | Review Telefilem

Review Telefilem | Derai (TV3)

Telefilem : Derai
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Tayangan : 5 September 2020
Slot : Cerekarama TV3
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Mimi Lana, Redza Rosli, Syafiq Kyle, Riz Azmin, Jay Iswazir, Siti Hariesa, Puteri Rafasya

Telefilem Derai dimulakan dengan babak Baha (Redza Rosli) kemalangan di persimpangan jalan dilanggar lori. permulaan cerita dah buat aku curious kenapa Baha yg nampak tengah bahagia dengan isteri tiba-tiba kena langgar. apa pula maksud dengan gunting dalam lipatan?

Review Telefilem | Derai (TV3)

flashback tiga hari sebelum kejadian, Baha didatangi sahabat lama beliau iaitu Azman (Jay Iswazir) yg nak pinjam duit. Baha rimas dengan Azman yg tak habis dengan masalah duit, tak pasal dirinya juga terheret dengan masalah hutang Azman.

Azman malas nak dengar Baha membebel pasal hidup dia makanya Azman mengungkit kisah beberapa tahun lepas. tentang duit yg mereka dapat dan dibahagikan antara mereka.

Review Telefilem | Derai (TV3)

Lan pula yg tengah seronok dengan kehidupan malamnya tiba-tiba diserang wanita misteri lalu terbunuh. Azman pula yg kebetulan berada di tempat kejadian terkejut apabila dapat tahu mayat yg sedang disiasat polis adalah kawan lamanya.

Azman panik dan memberitahu hal tersebut kepada Baha kerana takut mereka akan menjadi mangsa seterusnya. citer Derai ni seriusly sangat saspen sebab asyik tertanya siapa sebenarnya perempuan ni dan apa motif dia nak serang mereka bertiga.

Review Telefilem | Derai (TV3)

kemudian baru tahu, identiti wanita misteri tersebut ialah Nurul (Mimi Lana) yg pernah ada sebuah keluarga bahagia bersama Khalid (Syafiq Kyle) dan puteri tunggal mereka, Qila. Suatu hari, Khalid menerima panggilan telefon daripada Baha yg mengajak Khalid untuk kongsi satu bisnes baru berkaitan IT.

Nurul rasa tak sedap hati dan cuba mengingatkan Khalid apa Baha pernah buat pada mereka dulu. Khalid pula tetap percaya dengan Baha alasannya mereka berkawan sejak zaman sekolah lagi dan yakin Baha takkan khianatnya.

Nurul dan Khalid terpaksa berpisah apabila Khalid mula sibuk menguruskan bisnes barunya di Kuala Lumpur. tidak lama kemudian Nurul risau apabila tidak dapat menghubungi Khalid. Nurul tekad untuk pergi ke syarikat Baha untuk mencari Khalid. malangnya jawapan yg dicari Nurul tidak dijumpai dan malam itu juga menjadi detik hitam yg mengubah kehidupan Nurul.

Review Telefilem | Derai (TV3)

Derai sebuah telefilem yg menarik sebab dari awal dah penuh dengan persoalan buat kita tak sabar nak  tahu apa terjadi sebenarnya pada Nurul dan apa yg berlaku pada Khalid. bila tahu pasal kisah hidup Nurul, aku tak rasa benda yg Nurul buat tu kejam kalau nak dibandingkan dengan apa yg Baha and the gangs buat pada keluarganya. 

aku tak reti nak komen sangat bab video ni tapi tone color yg digunakan dalam Derai ni nampak cantik dan kena dengan mood cerita. muzik latar juga membantu dalam menambah unsur saspen dan thriller. cuma action scene yg nampak macam kena improve lagi sebab ada sesetengah angle nampak kurang sharp.

jalan cerita sangat mantap dan penuh pengajaran. walaupun jalan cerita keseluruhan tentang dendam Nurul tapi at the end penulis still remind kita apa benda yg Nurul buat ni tetap salah.

Baca juga:

Post a Comment

8 Comments

  1. Sis hampir tak kena siapa pelakon perempuan tu. Lain sangat Mimi Lana without mekap. Haha

    ReplyDelete
  2. seems nice la this telemovie... its about revenge! im puting this in the list

    ReplyDelete
  3. okay bookmark dulu. nanti bila free boleh tengok.

    ReplyDelete
  4. baru tahu tajuk ni ade telefilem..park dulu..nnt tgk..tq review!

    ReplyDelete
  5. dah tengok telefilem ini.. memang menarik..

    ReplyDelete
  6. Sian Nurul. Dari bahagia hilang semua enda.

    ReplyDelete
  7. uish saspen..thanks sebab bg link sekali..nak tgk lah bila free nanti

    ReplyDelete