Movie Review | Mekah I'm Coming (2020)


Title : Mekah I'm Coming
Country : Indonesia
Director : Jeihan Angga
Release Date : 5 March 2020
Duration : 93 minutes
Cast : Rizky Nazar, Michelle Ziudith, Jennifer Coppen, Ephy Sekuriti, Ria Irawan

aku suka tengok gandingan Michelle Ziudith dan Rizky Nazar dari filem I Love You From 38000 Feet. comel Michelle bertudung dalam filem ni. aku tertarik untuk tonton Mekah, I'm Coming selepas tertengok trailer di youtube. dari trailer nampak kelakar habis.


Mekah I'm Coming mengisahkan pasangan kekasih Eddy dan Eny yg hubungan mereka tidak direstui bapa Eni, Haji Soleh. Haji Soleh mahu menjodohkan Eni dengan seorang hartawan bernama Pietoyo.

Eddy rasa tercabar dan memberitahu Haji Soleh yg dia akan bernikah dengan Eni sekiranya dapat menunaikan haji pada tahun itu juga. walhal ramai yg beritahu Eddy sangat mustahil dapat pergi haji secepat itu sebab kuota haji sangat terhad dan seseorang itu perlu menunggu giliran sekurangnya 10 tahun.


Eddy seorang anak kampung miskin yg tinggal dengan ibunya. Eddy selalu dianggap anak muda yg tak berguna oleh orang kampung. buka bengkel kereta tapi tak reti repair kereta, macam mana bisnes nak maju kalau orang tahu tuan kedai tak reti repair, pekerja pun dua kali lima.

Eddy pergi ke travel agency untuk daftar haji tapi jawapan yg diterima mengecewakan. akhirnya Eddy mendaftar dengan seorang ejen kononnya ada kabel dengan kerajaan arab saudi yg membolehkan dia pergi ke Mekah pada tahun itu juga. Eddy nekad menjual bengkelnya dan berita kepergiannya ke tanah suci diraikan oleh seluruh penduduk kampung.

setibanya di Jakarta baru Eddy sedar yg dia telah ditipu, turut menerima nasib yg sama adalah Fajrul. masing-masing malu nak pulang semula ke kampung halaman. so mereka berdua stay di situ dan bekerja di kedai Pak Rojak. 


dari Pak Rojak juga mereka tahu ramai lagi yg terima nasib yg sama ditipu agen haji dan masalah ini dah bertahun berlaku. tapi heran juga takkan tak ada orang buat report sama pak polisi kot.

Eni di kampung gembira sebab ingat Eddy dah sampai ke Mekah. Eddy juga selalu kirim foto di tanah suci padahal semua itu di edit oleh Fajrul. 

berkat kerjasama Eddy dan Fajrul, kedai Pak Rojak semakin ramai pelanggan. pada masa yg sama Eddy juga terfikir tentang ibunya yg tinggal seorang dikampung. adakah Eddy akan pulang ke kampung dan  berkahwin dengan Eni? haa korang kena tonton filem Mekah I'm Coming.


Mekah I'm Coming memang best, ada scene yg kelakar giler tapi ada juga scene komedi yg macam lawak bodoh, sori memang ada lawak yg tak berapa masuk dengan aku. mostly scene yg best dalam trailer.

walaupun movie ni dari Indonesia tapi boleh relate juga dengan masyarakat kita yg terlalu pandang tinggi dengan status haji. ada yg sampai bila kena tipu dengan agensi tapi malu punya pasal sanggup balik menipu orang kampung pula. yg penting niat tu kena ikhlas baru orang nampak kebaikan kita. nice story.

Post a Comment

20 Comments

  1. nice, nt boleh tgk if nak santai2 kan... boleh la i layan time drive heheh

    ReplyDelete
  2. Dah lama GV tak tonton movie Indonesia. last sekali Janji Joni. Tapi bila akak cite, GV teringin nak tgk movie ni la. Jalan cerita best. hihi

    ReplyDelete
  3. Alahai kesiannya...kena tipu travel agent. Hakikatnya...mmg ramai yg kena tipu...bukan kat indonesia je...seluruh dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sampai sanggup gadai tanah, jual kedai semata nak pergi haji. sekali lesap macam tu je duit.. memang kesian la..

      Delete
  4. macam best jer cite, nape x de lagi kat netflixx :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok di viu sis. tak payah subscribe pun movie ni :)

      Delete
  5. part lawak bodoh tu mesti part customer hantar kereta tapi eddy tak pandai repair kereta kan? Hahaha hero dia handsome, visual pun cantik. Boleh tengok nanti

    ReplyDelete
  6. Dah nampak dah kat VIU, tapi tak klik lihat lagi...baca review macam best plak, okay nanti Sis tengok...

    ReplyDelete
  7. Haha suka dgn nama tajuk filem ni. Kejap lg juga download VIU. Suka dgr sinopsis kata kena tipu agent tu. Demi nak kahwin punya pasal, haha

    ReplyDelete
  8. Mcm.menarik citer ni. Sebab jalan cerita sangat santai dan pd yg sama menghiburkan

    ReplyDelete
  9. okay lepas baca artikel ni rasa mcm nk tonton pulak cerita ni. tapi nak kena cari waktu yg sesuai & lapang.

    ReplyDelete
  10. Mesti cerita ni ada unsur kelakar dan juga komedi dalam mengejar cinta dua keluarga.. Kita suka juga sesetengah cerita Indonesi ni menarik...

    ReplyDelete
  11. Filem mereka tak pernah mengecewakan.. lagi2 filem romantis penuh komedi juga... Okay, nak try tengok yang ni la... :)

    ReplyDelete
  12. Drama santai gini memang best menghiburkan walaupun lawak bodo.. Seronok jer layan kannn?
    Pasti nya ada mesej baik yang disampaikan pada penonton

    ReplyDelete
  13. tengok trailer pun macam kelakar dah. memang kena tengok ni sbb minat pelakon perempuan tu

    ReplyDelete
  14. komedi tapi kadang lawak tak menjadi tu biasa.. hehehe..
    macam comel pula trailer dia..

    ReplyDelete
  15. Oh, ini la ya iklan movie yang ada dekat youtube tu. hehe nanti nak tengok la nampak menarik :)

    ReplyDelete
  16. Saya ada terbaca tentang sinopsis cerita ni sebelum ni... tapi masa tu tak tergerak nak tengok... bila baca review Tiara Sapphire ni, rasa excited pulak nak tengok... hehehehe... trailer dia pun best... komedi ringan yang sarat dengan mesej...

    ReplyDelete
  17. Its my first time dengar cerita ni, the story line macam best juga. Nanti sis nak check out juga.

    ReplyDelete