Filem : Martabat Misi Berdarah
Pengarah : Zahiril Adzim, Adrian Teh
Penulis Skrip : Zahiril Adzim, Rayza Mukmin, Aloy Paradoks
Tayangan : 12 Jun 2025
Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Fad Bocey, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Amerul Affendi, Michael Ang, Anas Ridzuan, Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Nelissa Nizam, Thebaan G, Dafi, Safwan Nazri, Fabian Loo, Tony Eusoff
Martabat: Misi Berdarah mengisahkan Iedil (Fad Bocey), Nafiez (Zahiril Adzim), Azza (Shiqin Kamal). Fad (Nafiez Zaidi) dan Emma (Elvina Chua) yang berjaya menjadi pelakon tambahan dan kini menjalani penggambaran filem di sebuah pulau terpencil.
Mereka mempunyai impian masing-masing macam Iedil dah lama jadi extra dan cuba mencari peluang untuk dapat watak lebih menyerlah sikit dalam filem ni begitu juga dengan Nafiez dan Azza. Manakala Fad pula cari peluang untuk promo bisnes dia dan Emma pula seorang influencer yang selalu update aktiviti terbarunya di media sosial.
Sepanjang penggambaran filem tersebut, pelbagai masalah yang timbul sampai pengarah dia Michael Ang pun pening kepala. Sampai satu masa tu watak pengganas tiba-tiba problem tak boleh nak shoot so mereka berlima terpaksa cari jalan penyelesaian sebab mereka juga yang jadi punca masalah.
Nafiez secara tak sengaja bertemu dengan Bro Safwan (Amerul Affendi) dan pengarah kemain puji sebab mamat ni berjaya bawa ketua pengganas dengan baik sekali.
Lagi sekali masalah timbul bila mereka tahu, Bro Safwan bukannya tok batin kat situ tapi memang ketua pengganas yang menjadikan pulau tersebut sebagai markas menjalan aktiviti haram mereka. Mereka berlima terpaksa bekerjasama untuk menumpaskan ketua pengganas tersebut demi menyelamatkan nyawa mereka.
Filem ni bagi aku sangat kelakar, pelakon pun best dan plot dia sangat random. pastu dia punya cameo ramai juga dan setiap cameo yang muncul tu memang random dan dekah habis. plot twist dia pun tak beragak wei. so overall sangat menghiburkan 👍






0 Comments