Dalam Episod Akhir Drama Rumah Terluka, ibu bapa Kalsum mendapat kifarah masing-masing apabila mengabaikan anak-anak mereka selama ini.
Kalsum masih bersedih dengan pemergian Rose dan menyalahkan Hayyan atas apa yang berlaku. aku tak sure apa jadi dengan Kalsum sebab terlepas episod sebelum tu tapi perangai si Hayyan memang mental habis. Dibebaskan atas jaminan bapa dia, Hayyan masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Kalsum.
Emak Kalsum yang selama ini ditindas suami dan anak tiri sendiri bangkit mempertahankan diri dan menuntut cerai. Selepas berpisah, Emak Kalsum cuba memohon permohonan daripada anak-anaknya dan menyesal kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu selama ini.
Manakala bapa Kalsum pula jadi tempang dan merempat kat tepi jalan. Qiuzi pula rasa bertanggungjawab untuk menjaga bapa Kalsum sebagai menantu tapi itulah Qiuzi ada rasa ralat juga dengan perangai bapa Kalsum ni tapi at the end bapa dia menyesal dan minta dihantar ke rumah orang tua sebab dia takut kalau dia membahayakan anak sendiri.
Atas nasihat suaminya, Kalsum reda dengan pemergian Rose dan apa yang berlaku pada hidupnya tapi dia masih memerlukan masa untuk betul-betul ikhlas memaafkan dan menerima kehadiran ibu bapanya.
bagi aku yang dah baca novel dia, jalan cerita drama lebih kurang sama dengan novel tapi ada watak yang sangat berbeza dari novel terutama sekali watak Hayyan lakonan Nadhir Nasir.
kalau tak salah aku, dalam novel mostly watak dalam family Kalsum sangat problem, watak yang lain chill je tapi dalam drama ni aigooo watak Hayyan ni sangat problem wei dia punya psiko nak dapat Kalsum sampai main bomoh. aku macam hurmmm macam ni la drama melayu, watak orang ketiga dan bomoh pula dia highlight nak bagi panas keadaan sampai ending pun saja nak bagi penonton berangin.
Baca juga: Novel Rumah Tanpa Luka karya Ezza Mysara
Kesimpulan Rumah Tanpa Luka sebuah kisah pengorbanan kakak sulung terpaksa menjadi ketua keluarga menjaga dan membesarkan adik-adiknya apabila ibu bapa sendiri memilih ntuk mengabaikan tanggungjawab mereka
0 Comments