Title : Mobius
Network : iQiyi
Episodes : 16
Duration : 45 minutes
Genre : Thriller, Mysteri, Sci-fi, Supernatural
Cast : Bai Jing Ting, Janice Tang, Song Yang, Liu Yi Jun, Ricky Chan, Baby Zhang, Gladys Li, Aokbab Chutimon
SYNOPSIS:
In a specific time and space, detective Ding Qi accidentally discovered that he had the ability to reverse time and repeat the cycle five times on the same day from time to time. He used this superpower to solve many difficult cases. One day, a murder notice from suspect X suddenly appeared. Several previous cases of suspected X's perfect committing methods made Ding Qi suspect: X also seems to have the superpower of the time loop. The investigation team headed by Ding Qi joined the case investigation. During the investigation, Ding Qi discovered that more and more doubts surround a certain genetic research group. As the investigation deepens, more and more people are involved, including people close to Ding Qi.
Ding Qi (Bai Jing Ting) seorang pelajar universiti mendapati dia termasuk dalam time-looping dan cycle ni akan berulang hari yang sama selama lima kali. Benda ni berlaku secara random dan dia sendiri tak boleh nak predict bila next cycle akan berlaku.
Ding Qi mengguna peluang ini untuk masuk dalam pelaburan dan join lucky draw, hasilnya dia boleh hidup mewah dan enjoy dengan life dia. Namun suatu hari, Ding Qi merasakan dia perlu menggunakan kelebhan dia untuk membantu orang lain so dia decide untuk menjadi anggota polis.
Bila ada satu kes yang gagal diselesaikan tapi andai kata hari tu berlaku time-looping, Ding Qi menggunakan cycle tu sebaik mungkin untuk menyelesaikan kes tersebut dan mengurangkan kadar kematian.
Pada suatu hari, berlaku kes kematian kerana dihempap papan tanda kedai dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kemalangan tapi mereka mendapat mangsa adalah pemegang saham utama sebuah syarikat dan sebulan sebelum itu, seorang pemegang saham utama syarikat yang sama turut meninggal dunia kerana renjatan elektrik.
So macam sesuatu sangat bila dua pemegang saham utama meninggal dunia dalam tempoh sebulan. Ding Qi rasa perlu menyiasat Mo Yuan Zhi, seorang lagi pemegang utama yang menerajui pentadbiran syarikat tersebut tapi belum apa-apa, Mo Yuan Zhi tiba-tiba mendapat ugutan bunuh dari suspek yang tidak dikenali yang mereka gelar si sotong darat dan memohon perlindungan dari pihak polis.
Ding Qi berminat dengan kes tersebut dan kini pasukan dia ditugaskan menjadi pengawai peribadi melindungi Mo Yuan Zhi, dalam masa yang sama menyiasat identiti sotong darat yang sebenar.
Kejayaan Mo Yuan Zhi dalam bidang penyelidikan genetik membolehkan dia berjaya membina nama dan memajukan Syarikat Moma. pastu dapat isteri pula dari keluarga kaya dan berpengaruh secara tak langsung boleh support karier dia.
Pasukan Ding Qi ditimpa musibah ketika melindungi Mo Yuan Zhi tapi nasib baik hari tersebut berlaku time-looping so dia boleh reset balik dan menyiasat semula untuk mencari dalang sebenar. Kalau sebelum ini, kalau berlaku time-looping Ding Qi akan melalui kitaran yang sama sebab setiap yang dia ubah boleh berlaku perubahan yang besar dalam cycle seterusnya.
Tapi waktu ni, Ding Qi dah start pelik sebab cycle ketiga totally berbeza pastu tiba-tiba muncul watak lain dalam cycle tersebut, Ding Qi mula sedar ada orang lain yang mempunyai kelebihan yang sama seperti dirinya.
Ah Lan salah seorang penyelidik dan juga rapat dengan Ding Qi sebab kemalangan yang berlaku pada emaknya. Ah Lan masuk bekerja di Syarikat Moma ada motif tertentu iaitu dia berminat dengan penyelidikan genetik Mo Yuan Zhi sebab nak merawat ibunya yang koma. Antara sebab lain mencari kawan baiknya yang sakit tiba-tiba hilang ketika dia menyambung pelajaran di luar negara.
Ah Lan juga banyak membantu Ding Qi menyelesaikan kes kali ini. Dalam diam, Ah Lan dan Ding Qi saling menyimpan perasaan.
Ding Qi bertuah sebab ada ketua dan teammate yang percaya dengan dia. just imagine, tiba-tiba tengah malam dapat call kena seru masuk meeting, pastu Ding Qi tiba-tiba random main petik je nama suruh diorang siasat. walaupun pelik tapi masing-masing ikut juga arahan Ding Qi.
Kes kali ini sangat mencabar sebab ada orang lain memiliki kelebihan yang sama yang cuba mengubah keadaan, Ding Qi sendiri sedar dia tak boleh buat silap bila cycle ni berakhir sebab banyak nyawa yang perlu dilindungi.
Ding Qi percaya si sotong darat ni memiliki kelebihan yang sama, masalahnya si sotong darat guna kelebihan ini untuk membunuh orang. persoalannya siapa mastermind dan motif sebenar?
semakin disiasat, semakin banyak rahsia terbongkar, semuanya bermula dengan penyelidikan genetik ini yang membawa keburukan bila ada pihak menggunakan untuk kepentingan peribadi. time-looping yang dialami oleh Ding Qi juga berpunca dari penyelidikan tersebut juga.
Mereka yang mempunyai kelebihan ini juga mendapat kesan sampingan apabila benda ini menyerang organ paling lemah. Macam Ding Qi, dia pernah mati kerana jantungnya tiba-tiba berhenti tapi nasib baik berlaku waktu hari kitaran. so adakah kelebihan yang dimiliki oleh Ding Qi pada pengakhirannya akan menyebabkan dia kehilangan nyawa?
Bai Jing Ting ni pandai pilih projek dan dapat skrip yang best so tak sempat bosan tengok drama dia sebab ada genre dan watak yang variasi plus dia boleh deliver setiap watak lakonan dia dengan baik.
Baca juga:
Bagi aku, jalan ceritanya sangat menarik. walaupun dari awal macam boleh agak mastermind tapi keliru dan jenuh juga berteka-teki nak cari dalangnya sebab banyak sangat suspek dengan motif tertentu. Kesimpulannya kalau korang suka drama genre misteri dan sci-fi ni bolehlah layan Mobius, plus Bai Jing Ting sangat hensem wei dalam drama ni.
0 Comments