Tajuk : Kekal
Penulis : Mia Azwari
Mukasurat : 421
Penerbit : Love Novel Publication
Terbitan : May 2025
Mengisahan Quds dan Milia berkahwin atas aturan keluarga kerana ibu mereka berkawan baik. Milia terima perkahwinan tersebut walaupun dia masih muda dan baru habis belajar kerana permintaan ibunya yang sakit.
Perkahwinan mereka nampak sempurna dan bahagia di depan semua orang. Selama empat tahun, Milia sangat sayang dan cintakan suaminya dan tak nafikan Quds menyediakan kemewahan dari segi wang ringgit tapi malangnya Milia rasa kosong dengan sikap beku Quds dan dia tertanya-tanya adakah Quds sayangkan dia atau tidak.
Milia cuba bertahan dalam perkahwinan tersebut malangnya kemunculan Maryam yang pernah menajadi cinta pertama suaminya mula mengoyahkan pendiriannya sehingga Milia memilih untuk minta cerai dari suaminya. Bila Milia menghilangkan diri barulah Quds menyedari khilafnya dan cuba mempertahankan perkahwinan mereka. Adakah Milia memilih untuk bercerai atau kekal dalam perkahwinan tersebut?
Sedih juga jalan cerita novel, masalah Quds dan Milia ni sebenarnya berpunca dari masalah komunikasi, penat tahu bila sebelah pihak sahaja yang memberi, sebelah lagi buat tak tahu je. Boleh nampak Milia ni sayang sangat dengan suaminya, life dia tu hanya untuk suaminya tapi satu saat sakit juga bila kau sendiri tak tahu perasaan suami kau macam mana, penat tau nak berteka-teki.
Quds pula problem dia ada ego yang tinggi dan nak nampak sempurna kat mata isterinya, dia bagi segala kemewahan tapi sekali pun tak pernah cakap perasaan dengan harapan Milia faham-faham sendirilah, masalahnya isteri kau mana nak faham. konflik terjadi juga apabila Quds mempunyai masalah dengan syarikatnya tapi rahsiakan hal tersebut dan tak pernah kongsi langsung dengan Milia.
actually tak wujud pun watak penyondol tapi isteri mana tak rasa insecure bila tiba-tiba cinta pertama suaminya muncul. masalah sebenarnya adalah miscommunication antara mereka suami isteri. watak lain best dan banyak bagi support untuk mereka berdua.
Overall, antara novel Mia Azwari yang menarik untuk dibaca
**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐**
Beli disini: Kekal by Mia Azwari (Shopee)
Empat tahun bergelar isteri kepada lelaki sempurna seperti Quds Dzarif, Milia fikir dialah wanita paling bahagia. Pada mata orang sekeliling, mereka dianggap pasangan paling ideal.Namun tiada siapa yang tahu hati seorang isteri sudah banyak terluka dengan sikap acuh tak acuh seorang suami. Dia hanya diberi kemewahan dari segi wang ringgit tapi hidupnya sunyi tanpa kasih sayang.Milia tak nak terus menyakitkan hati sendiri. Pada masa yang sama, dia tidak mahu lelaki yang paling dicintai berdosa dengan mengabaikan dirinya. Lalu satu keputusan nekad dilakukan demi masa depan mereka.“Milia nak bercerai.” - Milia“Baik. Kita jumpa di mahkamah.” - Quds DzarifDia yang meminta tapi hatinya yang sakit apabila lelaki itu langsung tidak pertahankan dirinya. Apa lagi yang dia harapkan jika sudah terang hati lelaki itu bukan sepenuhnya miliknya?Namun saat perpisahan berlaku, tiba-tiba sikap Quds berubah mendadak. Lelaki itu muncul dalam versi yang berbeza dalam hidup Milia sehingga dia keliru apa sebenar perasaan Quds terhadap dirinya.“Kenapa baru sekarang abang nak pertahankan?” - Milia“Better late then never, sayang.” - Quds DzarifApakah kesudahan rumah tangga Milia dan Quds? Dan benarkan selama mereka berkahwin, hanya Milia bertepuk sebelah tangan?



0 Comments