Ifrit sebuah drama seram arahan Ng Ken Kin mengisahkan Rashid (Fikry Ibrahim) telah lama merantau dan kini berjaya menjadi pengamal perubatan islam bekerja di bawah Cikgu Dan (Azman Hassan).
Suatu hari, Cikgu Dan mengarahkan Rashid pulang ke kampungnya kerana mendapat panggilan tentang seseorang membela jin yang kuat di situ dan juga berkaitan ibunya, Saadiah (Aleza Shadan).
Rashid berat hati untuk kembali ke kampung halaman kerana ada tragedi hitam yang berlaku pada dirinya namun atas arahan Cikgu Dan, Rashid pulang ke sana untuk menyiasat tentang pemilik jin yang berkuasa di situ.
Tujuh tahun merantau, Rashid jarang berhubung dengan keluarganya dan bila balik dia terkejut ibunya sakit tenat namun Dr Mira (Sweet Qismina), doktor yang merawat ibunya tidak dapat tahu punca penyakit ibunya tapi orang kampung mengatakan ibunya terkena guna-guna. tidak lama kemudian ibunya disahkan meninggal dunia.
Rashid perasan banyak benda pelik yang berlaku sepanjang dia berada di situ. Rashid cuba mengorek rahsia daripada Laila (Nesa Idrus) penjaga ibunya yang juga kakak kepada Dr Mira, sebab Laila yang rapat dengan Saadiah dan paling Rashid terkejut bila tahu Laila menyimpan kalung milik arwah ibunya yang dicari Tuan Johar.
Belum sempat mendapatkan penjelasan Laila, Laila telah dirasuk dengan teruk lalu meninggal dunia. Mira percaya ini semua kerja Suri (Nina KSC) tapi Rashid percaya Suri cuma orang suruhan pemilik jin tersebut dan dia perlu mencari dalang di sebalik kejadian yang berlaku.
Walaupun hubungan Rashid dan bapanya, Tuan Johar (Azhar Sulaiman) baik tapi boleh nampak mereka kurang rapat. Tuan Johar ni something sangat, isteri baru meninggal dunia tapi dia boleh mengamuk kalung arwah isterinya tiba-tiba hilang.
kat penghujung episod 1 ada kejutan juga bila Tuan Johar berkomplot dengan Zaharah (Maria Farida) dan Mr Foo (Adam Corrie). Tuan Johar perlu melaksanakan dua permintaan terakhir Zaharah sebelum permintaannya ditunaikan. Adakah Zaharah pemilik jin yang berkuasa itu?
Rashid dan Mira bekerjasama untuk membongkar misteri di kampung mereka seterusnya menyiasat kematian Saadiah dan Laila. Adakah Rashid boleh percaya orang yang berada di sekellingnya?
Baca juga:
0 Comments