Hilang Dalam Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

 Hilang Dalam Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Hilang Dalam Rindu diadaptasi dari novel Hilang karya Mia Azwari mengisahkan Aira Nadira (Tracie Sinidol) yang hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Aira bingung apabila banyak perubahan mendadak yang berlaku dalam hidupnya sedangkan ingatannya masih terperangkap dalam dirinya berusia 17 tahun iaitu 10 tahun yang lalu.


Hilang Dalam Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Apabila tersedar dari koma, Aira terkejut apabila mengetahui dirinya sudah berkahwin dengan Nadim Eijaz (Jazmy Juma) tapi suaminya begitu membenci dirinya dan mahu menceraikannya.

Malah adik iparnya juga, Nurul (Sera Melissa) sangat bencikan Aira kerana Aira punca Eijaz putus tunang dengan Hannah (Qistina Rania). Oleh itu, Nurul berusaha menyingkirkan Aira dari keluarganya dan mahu melihat abangnya bersatu dengan Hannah.

Aira pula bingung dan berusaha mencari memorinya yang hilang, dalam masa yang sama dia takut untuk menerima kebenaran tentang kejahatan yang pernah dilakukannya dulu semuanya demi dendam masa lalunya. Apa yang menyebabkan Aira berdendam dan siapa sebenarnya target Aira?

Hilang Dalam Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Eijaz terpaksa memutuskan pertunangannya dan berkahwin dengan Aira kerana terperangkap dalam permainan kotor Aira. Namun keluarganya tidak mengetahui hubungan Eijaz dan Hannah semakin berantakan sehingga Eijaz dalam dilema sama ada untuk memutuskan atau meneruskan perkahwinan bersama Hannah.

Walaupun tahu dirinya diperangkap oleh Aira, Eijaz menggunakan peluang ini untuk memutuskan hubungannya dengan Hannah. Eijaz sukar menerima Aira sebagai isterinya kerana beranggapan Aira seorang gadis yang suka mengambil kesempatan dan mata duitan.

Namun apa yang akan berlaku apabila Eijaz mengenali Aira versi yang naif berbeza dengan Aira yang dikenalinya sebelum ini. Adakah Eijaz dapat menerima dan mencintai Aira? Apa yang bakal berlaku apabila Eijaz mengetahui rahsia dan dendam yang disimpan Aira selama ini?

Post a Comment

0 Comments