Hilang by Mia Azwari | Review Novel

Hilang by Mia Azwari | Review Novel

Tajuk : Hilang
Penulis : Mia Azwari
Mukasurat : 429
Penerbit : Love Novel Publishing
Terbitan : Jun 2024

Hilang mengisahkan Aira Nadira yang hilang ingatan selepas enam bulan koma akibat kemalangan jalan raya. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

Aira yang berusia 17 tahun ini sangat naif dan polos, dan mudah bergaul, berbeza dengan Aira yang berusia 27 tahun yang sangat lantang, tidak mesra dan suka berpakaian menjolok mata. Perubahan Aira kini diterima baik oleh ibu bapa mertuanya tapi bagi Eijaz dan Nurul yang merasakan Aira berpura-pura hilang ingatan.

Nadim Eijaz yang merupakan suami Aira sangat bencikan Aira sebab perkahwinan mereka terjadi kerana perangkap Aira. watak Eijaz menarik sebab boleh nampak perubahan dia dari betapa bencinya dia pada Aira pastu terjatuh sayang sehingga berusaha melindungi Aira dari ancaman bahaya.

Nurul pula adik kepada Eijaz, boleh nampak Nurul ni sangat anti dengan Aira. iyelah Eijaz dah ada tunang bernama Hannah tup tup Aira muncul buat onar sehingga Eijaz terpaksa berkahwin dengan Aira. Nurul sangat rapat dengan Hannah, dia nak abangnya bersatu dengan Hannah so pelbagai cara dilakukan Nurul untuk menyingkirkan Aira dari keluarga mereka.

Plot dan jalan menarik novel HILANG agak menarik sebab dari awal banyak persoalan dan rahsia tentang diri Aira. walaupun dah boleh teka Aira ni nak balas dendam tapi tetap juga nak tahu apa sebenarnya misi dan target Aira.

actually kesian juga dengan Aira kerana ada tragedi yang berlaku dalam hidupnya yang menyebabkan dia tekad untuk membalas dendam sebab orang yang sepatutnya dihukum terlepas kerana mempunyai duit dan pangkat. 

tapi yang paling kesian sebenarnya watak Eijaz sebab dia mangsa keadaan yang digunakan oleh Aira sebenarnya. tapi bila Eijaz terjatuh cinta dengan isteri sendiri, dia cuba melindungi Aira bila secara tak sengaja Eijaz dapat tahu kisah hidup Aira yang menyedihkan.

aku suka dengan jalan ceritanya dan suka tengok perubahan pada watak utamanya. so athe end yang jahat mendapat pembalasannya. Aira cuba berdamai dengan takdir dan hidup bahagia bersama Eijaz.

**RATING: ⭐⭐⭐⭐/5**

Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

“I'm your husband.”- Nadim Eijaz

“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira

Gila!

Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.

“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul

Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.

“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.

“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira

“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?

Post a Comment

0 Comments