![]() |
VIU Malaysia |
Abang Imam Minah Skuter sebuah drama romantik komedi 12 episod yang ditayangkan di platform penstriman VIU Malaysia bermula 24 Julai 2025.
Mengisahkan Zarul (Zarif Ghazzi) yang melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu dijodohkan dengan calon menantu pilihan ibunya kerana Zarul takut dengan komitmen dan belum bersedia mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami.
Ditemani kawan baiknya, Ben (Marc Sadique), Zarul menuju ke sebuah perkampungan terpencil bernama Ulu Banat untuk menyembunyikan diri dari dijejaki ibu bapanya. Malangnya bila tiba di situ bukannya dapat healing tapi Zarul terpaksa menjadi imam sementara menggantikan imam lama yang sudah uzur.
Zarul takut dengan komitmen dan tak yakin dapat memegang jawatan sebagai imam walaupun dia belajar agama di luar negara tapi gara-gara berlaku insiden yang menyebabkan dia berhutang dengan Mardiah (Bella Dowanna), Ben lihat ini peluang terbaik untuk Zarul selesaikan hutang dan keluar dari kampung tersebut.
Namun makin lama berada di kampung Ulu Banat, Zarul tak puas hati dengan peraturan mengarut yang mesti dipatuhi penduduk kampung yang mana lelaki memegang kuasa veto, boleh bersantai dan selalu betul manakala perempuan pula selalu salah dan kena keluar bekerja mana
Tuan Bakri sebagai ketua kampung mempunyai agenda tersendiri dalam mentadbir kampung Ulu Banat dan yakin dapat mengawal Zarul sebagai imam interim walaupun anaknya, Hamidun (Khai Bahar) tidak berpuas hati kerana Zarul adalah orang luar.
Adakah Zarul dapat melaksanakan tugasnya sebagai imam muda dengan baik tanpa dipengaruhi oleh pihak yang mempunyai niat tidak betul?
Mardiah seorang gadis yang berdikari dan bekerja sebagai kurier dengan rekod yang cemerlang namun semuanya musnah apabila barang yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan pecah disebabkan Zarul. Oleh kerana Zarul tidak dapat membayar ganti rugi, Mardiah bertindak mengambil kunci kereta Ben sebagai cagaran.
Mardiah seorang yang garang dan tidak suka dengan fatwa Ulu Banat yang baginya satu diskriminasi dan menindas golongan wanita di kampung tersebut.
Apabila Abang Imam bertemu Minah Skuter apa yang bakal seterusnya? Saksikan drama Abang Imam Minah Skuter di VIU Malaysia bermula 24 Januari 2025.
Secara tak sengaja tertengok drama ni dan best pula layan sebab kelakar, berdekah tengok perangai masing-masing plus drama ni lari sikit dari drama kat tv yang tak habis recycle skrip dan plot yang sama.
comel je tengok Bella Dowana bawa watak Mardiah yang garang dan tak mudah tunduk dengan kerenah kaum adam di kampungnya. Walaupun hero dia tak famous sangat tapi sis perasan Zarul ni ada berlakon dalam drama Hilang Dalam Rindu. best juga tengok lakonan dia.
Walaupun Abang Imam Minah Skuter bertemakan romantik komedi tapi ada diselitkan nilai kekeluargaan dan kemasyarakat selain ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan kepada penonton.
0 Comments