Drama : Sayangku Cikgu Hania
Pengarah : Hashim Rejab
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 20 April 2025
Episod : 26
Pelakon : Elvina Mohamad, Ali Reza, Dayang Areeda, Alif Hadi, Natasha Rashdan, Hanna Halim, Liang Chia, Dayang Elle, Aishah Atan, Ayuna Yusof, Faizul Syaharin dan Eyda Rahman.
Sekarang ni memang jarang tengok drama melayu sebab bosan alih-alih dok buat cerita pasal penyondollah, ipar mautlah, kena bantai dengan lakilah pendek cakap drama melayu sekarang ni penuh dengan cerita kecurangan dan heroin yang lembik. apa pengajaran yang cuba disampaikan pon aku tak tahulah sebab pusing tema yang sama.
tapi dalam menyampah tu terfollow juga drama Sayangku Cikgu Hania yang ditayangkan di TV1, drama adaptasi novel Cikgu Kan Ku Gari Cintamu karya Sophilea. tapi sebab drama ni tayang weekend je, aku selalu lupa so kadang tu aku macam tak berapa nak faham ceritanya.
Sayangku Cikgu Hania mengisahkan Hania Danira (Elvina Mohamad) yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Nazir (Alif Hadi). Pada hari pernikahan, Nazir tidak munculkan diri tup tup dapat tahu mamat ni dah bernikah kat Siam pastu paling sakit bila tahu kahwin dengan Yasmin (Dayang Areeda), kawan baik Hania sendiri pula tu.
So Hania malas nak gaduh pasal jantan tak guna dan kawan yang toksik ni so dia buat keputusan untuk move on dengan pindah sekolah. mula kehidupannya yang baru.
Kat tempat baru, Hania bertemu dengan Fahri Raqib (Ali Reza) seorang pengawai polis yang bertugas di kawasan tersebut. Tuan Fahri memang ramai peminatnya yang cuba mengorat dan termasuk Hania yang tercrush dengan Fahri so pelbagai cara dilakukan oleh Hania untuk memikat hero pujaan ramai wanita ni.
tapi disebabkan Mak Raha (Aishah Atan) yang merupakan emak Fahri pun dah berkenan dengan Hania jadi Hania ada sokongan yang kuat untuk tawan hati Tuan Fahri then Fahri pun terjatuh cinta juga dengan Hania.
biasalah drama melayu, waktu berkenalan kemain sweet macam lori tertumpah gula, pickupline pun tak teragak kau tembak pastu bila dah nak kahwin mulalah banyak drama watak heroin ni pun. jalan cerita dia agak klise dan simple je sebenarnya tapi jadi complicated bila Hania ni kuat drama pastu dialah terpaling tersakiti dan banyak main tarik tali sampai meleret-leret ceritanya.
biasalah dalam perhubungan tu ada pasang surutnya tapi hubungan Hania dan Fahri mula bergolak bila muncul orang ketiga iaitu Y.A.S.M.I.N..lagi sekali penyondol ni buat hal..
Yasmin ni memang tak habis cemburu dan tak boleh tengok Hania bahagia. apa masalah perempuan ni pun aku tak tahu. Yasmin ingat bila dah sailang Nazir, dia dah menang tapi makin tak puas hati dan sakit hati bila emak mentua dan kakak ipar tak boleh terima dia dan lebih sayangkan Hania. pastu suami sendiri pun masih lagi tergila-gilakan Hania.
aku selalu terlepas tengok part dia so aku tak sure sangat macam mana Yasmin ni boleh bercerai dengan Nazir. dan sampailah secara tak sengaja dia bertemu dengan Fahri sebab Fahri handle kes ragut dia. pastu Yasmin dapat tahu Fahri ni suami Hania makanya terus dia tak boleh tengok Hania bahagia dan rancang nak sondol Fahri pula.
Walaupun Fahri sibuk dengan kerjayanya tapi Fahri ni suami yang baik dan penyayang tapi salah dia sebab pergi melayan juga Yasmin senget tu. Fahri ingat Yasmin contact dia sebab kerja tapi dia tak tahu motif sebenar perempuan ni sengaja nak menghuru-harakan rumahtangga dia.
Kemuncaknya Hania dapat tahu Fahri berjumpa dengan Yasmin. apalagi mengamuklah dan secara tak sengaja kandungan Hania gugur. so waktu ni memang Hania marah sangat dengan suami dia, Fahri cuba perbetul keadaan tapi Hania menghilangkan diri.
tipikal watak heroin drama melayu, bila ada masalah, lari.. bila suami datang pujuk kena halau.. bila suami tak cari kau cakap laki kau tak bersungguh pula. aku sebagai perempuan pun tak faham apa yang Hania ni nak sebenarnya.
cubalah buat watak yang matang sikit Yasmin tu dah dua kali kot rampas hak kau. cuba fight untuk suami sendiri takkan nak biar Yasmin tu menang untuk kali kedua, takkan kau tak boleh baca lagi kot permainan bekas kawan baik kau tu.
dan cuba kenang balik macam mana susah kau mengorat Tuan Fahri tu dulu. itulah manusia, sebelum dapat bukan main tergedik-gedik bila dah dapat tak nak hargai pula. kau ingat kebahagiaan tu akan datang bergolek ke kalau kau tak reti pertahankan hak kau.
aishhh penat wei banyak main tarik tali macam ni, bila terjumpa suami keluar dengan perempuan lain tahu pula cemburu. pastu orang lain pula nak kena fikir macam mana nak settle masalah diorang berdua. so pengakhirannya mesti yang indah-indah belaka kan. hurmmm kita tunggu je lah episod akhir nanti.
0 Comments