The Legend of Shen Li (2024) | Review Drama

The Legend of Shen Li | Review Drama

Title : The Legend of Shen Li
Director : Deng Ke
Network : WeTV
Release Date : 18 March 2024
Episode : 39
Duration : 42 minutes
Genre : Romance, Wuxia, Fantasy
Cast : Zhao Li Ying, Lin Geng Xin, Xin Yun Lai, He Yu, Zeng Li, Wei Zi Xin, Liu Guan Lin, Jackie Li, Chen Lu Xi,  Li Zi Feng, Huang Yi

SYNOPSIS:
Born into the immortal realm, Shen Li grew in power, her skill on the battlefield eventually earning her the title of General Bi Cang. Pressured into a political marriage against her will, the general chose to fight for her freedom rather than accept the match. Sustaining injuries, Shen Li reverts to her original form and falls into the human world as a phoenix where she is picked up by a mortal vendor and sold as a plucked chicken at a local human market to the sickly Xing Yun, who is unable to pass by the plucked chicken he sees caged at the human market. With that single purchase, Xing Yun links his fate with Shen Li's and love is born.

The Legend of Shen Li | Review Drama

Mengisahkan Shen Li (Zhao Li Ying) juga dikenali sebagai Lord Bi Cang seorang panglima wanita yang hebat dalam immortal realm. Shen Li memberontak apabila dipaksa kahwin dengan Fu Rong untuk mengekalkan hubungan baik antara immortal realm dan divine realm. 

Semasa melarikan diri ke mortal realm atau dunia manusia, Shen Li diselamatkan oleh Xingyun (Lin Geng Xin). Shen Li kemudiannya jatuh cinta dengan kebaikan dan sikap ambil berat Xing Yun.

Namun Shen Li terpaksa terima hakikat yang mereka tidak boleh bersama sebab Xingyun adalah manusia biasa yang mempunyai jangka hayat yang pendek. Shen Yi kembali semula ke alam immortal dan bersetuju dengan perkahwinan yang diaturkan.

The Legend of Shen Li | Review Drama

Furong (He Yu) yang merupakan cucu kepada Heavenly Emperor juga tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Shen Li sebab Furong lebih suka menghabiskan masanya dengan berfoya-foya daripada komited dalam perhubungan.

Furong cuba membantah tapi disebabkan Lord Xing Zhi iaitu the last ancient god yang paling dihormati, yang mengaturkan perkahwinan tersebut jadi datuk dia pun tak berani nak batalkan lagi pula perkahwinan ini adalah untuk menjaga hubungan baik antara dua alam ni.

makanya pelbagai cara dilakukan oleh Fu Rong untuk buat perkahwinan tersebut terbatal tapi time ni pula Shen Yi dah nekad untuk berkahwin sebab sedar tanggungjawab yang terpaksa dipikul olehnya so dia tak layan sangat perangai Furong yang tak habis menyakitkan hati dia.

The Legend of Shen Li | Review Drama

Nak dijadikan cerita, Xing Yun adalah Lord Xing Zhi. Apabila terjadi pertemuan antara Shen Li dan Lord Xing Yi, memang Shen Li terkejut juga sebab pelanduk dua serupa.

Shen Li dapat terima hakikat yang mereka adalah dua individu berbeza lagi pula Lord Xing Zhi paling berkuasa dan mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga keamanan dan keharmonian tiga alam ni.

tapi itulah Lord Xing Zhi ni, dia cakap mereka tak boleh bercinta tapi dia sibuk main tarik tali mahunya Shen Li pun tak senang duduk dengan perangai Xing Zhi.

The Legend of Shen Li | Review Drama

Mo Fang (Xin Yun Lai) pula merupakan anak buah Shen Li yang paling rapat. Dalam diam, Mofang menyimpan perasaan pada Shen sampaikan Lord Xing Zhi pun jeles dengan Mofang ni.

Selain watak Furong yang kelakar, Mofang juga antara watak favourite aku tapi itulah rupanya dia ada identiti tersembunyi.

The Legend of Shen Li | Review Drama

Konflik berlaku apabila puak Fusheng Sect membuat onar di alam manusia dan kemuncaknya mereka menyerang alam immortal sehingga ramai tentera yang hebat terbunuh. The Holiness of Immortal Realm yang juga tok guru Shen Li juga cedera parah sehingga koma.

Shen Li kemudiannya membawa bala tenteranya menyerang Fusheng Sect dan kesudahannya Shen Li tenggelam di dasar laut bersama musuh untuk melindungi alam immortal. berita kematian Shen Li disampaikan kepada The Holiness kerana mereka tidak menjumpai jasad Shen Li.

The Legend of Shen Li | Review Drama

Apabila berita kematian Shen Li sampai ke divine realm, Lord Xing Zhi tak boleh terima sampai langgar hukum alam untuk mencari Shen Li di lautan luas. ramai tak puas hati dengan tindakan Lord Xing Zhi sebab ada impak pada 3 alam ni kesan daripada perbuatan Lord Xing Zhi yang terlalu mengikut perasaan. 

tapi beberapa bulan kemudian, Xing Zhi berjaya menemui Shen Li yang cedera parah dan berusaha merawati Shen Li sehingga sembuh.  Setelah apa yang terjadi, Lord Xing Zhi confess juga perasaan dia pada Shen Li tapi ramai juga yang tak merestui hubungan mereka.

The Legend of Shen Li | Review Drama

yang menariknya drama ni adalah watak Shen Li atau Lord Bi Cang seorang general wanita yang hebat di medan perang dan mengutamakan tanggungjawabnya dalam menjaga keamanan sejagat sehingga sanggup ketepikan perasaan cintanya. progress watak ni sangat menarik dan kehadiran Lord Xing Zhi sebenarnya melengkapkan diri Shen Li sebagai seorang wanita yang ingin disayangi dan dilindungi.

selain watak dan plot yang menarik, cgi dan cinematography dalam drama ni sangat cantik. action scene terutama sekali scene Shen Li berlawan tu sangat cantik dengan lembing sebagai senjata utama yang digunakan oleh Shen Li.

selalunya bila tengok drama Xia Xia ni, aku tak letak expectation yang tinggi sangat dengan ending dia sebab dah banyak drama buat sis kecewa sebab berakhir dengan open ending atau sedih. tapi drama Legend of Shen Li ni happy ending wei. Shen Li dan Xing Zhi memang deserve dapat ending macam tu sebab mereka dah banyak berkorban untuk protect dunia so at the end mereka fight untuk cinta mereka.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments