Astro Tampilkan Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Pada Mei Ini

Astro Tampilkan Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Pada Mei Ini

Astro mempersembahkan dua drama baharu, ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’, menampilkan gandingan hebat dari dua naskhah yang pastinya mampu membuatkan penonton drama tegar di seluruh Malaysia terpesona. Drama-drama ini bergenre romantik, menyusuri kisah cinta yang mencabar dengan plot berbeza, disiarkan pada bulan Mei ini, menerusi Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Sebagai salah satu genre popular masa kini, Astro ingin menampilkan penceritaan yang lebih dekat dengan permintaan serta minat para penonton dengan memperluas karya-karya drama rantaiannya kepada golongan muda menerusi ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ di slot MegaDrama, nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka, serta memperkukuhkan proposisi drama di slot Tiara menerusi ‘Bunga Salju’ yang memaparkan naratif percintaan dari perspektif yang lebih matang, penuh dengan cabaran dan kesulitan.

Astro Tampilkan Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Pada Mei Ini

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro teruja untuk memperkenalkan dua drama baharu yang bakal menemani para penonton Astro Ria menerusi slot MegaDrama dan Tiara. ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ memaparkan kisah cinta yang berputik kembali di antara pasangan sudah berpisah, manakala ‘Bunga Salju’ mengisahkan kehidupan perkahwinan yang melibatkan pasangan kelainan upaya. Kedua-dua drama ini berpaksikan cinta tetapi dengan plot yang berbeza, memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Uniknya juga buat ‘Cinta Untuk Sekali Lagi ́dan ‘Bunga Salju’ adalah gandingan watak utamanya yang dibarisi pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik. 

Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi kedua-dua naskhah ini”.

Astro Tampilkan Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Pada Mei Ini

Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Post a Comment

0 Comments