Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam Bunga Salju

Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam Bunga Salju

‘Bunga Salju’ mendominasi slot Tiara pada kali ini dengan memaparkan seorang gadis bernama Qaisara yang menghadapi tekanan daripada ibunya yang hanya memikirkan tentang duit hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan anak seorang pengusaha terkemuka bernama Azizi, demi kesenangan hidup. 

Hal ini menjadi lebih teruk apabila satu-satunya lelaki yang Qaisara percaya, Farouk turut menyokong rancangan ibu Qaisara semata-mata untuk mendapatkan kesenangan hidup keluarga Azizi. Perkahwinan yang tidak diingini ini kini semakin mencabar apabila Qaisara menyedari bahawa suaminya ialah seorang autistik. Adakah Qaisara akan bahagia selepas berkahwin dengan Azizi, atau adakah dia akan terus menderita?

Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam Bunga Salju

Kisah percintaan tragik ini diterajui oleh Amyra Rosli sebagai Qaisara, dan didampingi oleh hero-hero hebat seperti Hisyam Hamid sebagai Azizi, serta Hariz Hamdan sebagai Farouk. Drama ini turut diarahkan oleh sutradara Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Pictures, serta dibarisi pelakon berpengalaman dan yang baharu seperti Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Mutalib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen.

Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam Bunga Salju

Sinopsis Drama Bunga Salju

Qaisara terpaksa mengahwini Azizi, seorang jejaka austistik, bagi memenuhi kemahuan ibu dan teman lelakinya Farouk demi mendapatkan harta Azizi. Mahligai perkahwinan ini dipenuhi tekanan dan cabaran buat Qaisara yang kini ditekan untuk lekas mengambil harta suaminya.

Pecahan Watak

  • Hisyam Hamid sebagai Azizi
  • Amyra Rosli sebagai Qaisara
  • Zarina Zainoordin sebagai Ila
  • Zieman Din sebagai Fatimah
  • Hariz Hamdan sebagai Farouk
  • Zul Huzaimy sebagai Zul
  • Syad Mutalib sebagai Ekin
  • Arabella Ellen sebagai Mimi

Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam Bunga Salju

Drama Bunga Salju akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 20 Mei 2024, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Post a Comment

1 Comments