Ancika (2024) | Review Movie

Ancika (2024) | Review Movie

Ancika: Dia Yang Bersamaku 1995

Director : Benni Setiawan
Screenwriter : Tubagus Deddy, Benni Setiawan
Network : Netflix
Release Date : 11 Januari 2024
Duration : 1 jam 40 minit
Genre : Romance
Cast : Zee JKT48, Arbani Yasiz, Daffra Wardhana, Dito Darmawan, Ratu Rafa, Jefan Nathanio, Kenzy Taulany, Ira Wibowo

Friendship between Dilan and Ancika Mehrunisa Rabu. Their increasingly close relationship made the seeds of love grow and their relationship rose to the level of being a couple.

Ancika (2024) | Review Movie

Sinopsis Filem Ancika

Diadaptasi dari novel Ancika: Dia Yang Bersamaku di Tahun 1995 karya Pidi Baiq mengisahkan Ancika (Zee JKT 48) seorang pelajar sekolah yang diminati ramai lelaki tapi Ancika tidak berminat berpacaran sebab mahu fokus pada pelajaran.

Suatu hari, Ancika bertemu Dilan (Arbani Yasiz), kawan baik abangnya yang belajar di universiti dan selalu melepak di rumahnya, Ancika pada mula annoying dengan perangai Dilan tapi lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat sampai Dilan mahu menjadi teman lelakinya.

ada juga konflik sikit dalam filem ni bila Yadit juga cuba mendapatkan perhatian Ancika untuk berpacaran. Dalam masa yang sama, Ancika tertanya sama ada Dilan boleh melupakan cinta lamanya, Milea.

Ancika (2024) | Review Movie

Review Ancika

aku tak pernah follow siri Dilan ni tapi aku perasan pelakon yang pegang watak Dilan ni dah tukar orang. dari segi lakonan, hero dia ok la tapi dialog Dilan ni seriusly lame dan cringe dan lakonan heroin ni agak stiff. kadang aku tengok Ancika ni macam Janna Nick waktu mula-mula berlakon dulu.

tak tahulah maybe jiwa tak berapa remaja so aku rasa plot dan jalan cerita Ancika ni agak mendatar pastu tak bolehlah bila buat cerita macam Ancika ni hot giler sampai semua orang bergaduh berebutkan dia. bukan budak sekolah je tapi yang Yadit tu, dah dewasa dah kerja yang ang pun sibuk nak mengorat budak sekolah juga buat apa. 

filem berlatarkan tahun 90-an, props dan outfit yang digunakan nampak on point dengan cinematography yang cantik berlatarkan Bandung sebagai lokasi penggambaran. aku tak tahu berapa banyak versi filem Dilan tapi rasanya maybe Ancika ni penutup kot sebab point dalam filem ni Dilan dah move on lepas putus dengan Milea dan sudah jumpa cinta sejatinya iaitu Ancika dan Ancika juga boleh terima kisah lalu Dilan sebagai satu sejarah.

**MY RATING: 6.9/10 ⭐**

Post a Comment

0 Comments