Aku Lelakimu by Sara Aisha | Review Novel

Aku Lelakimu by Sara Aisha | Review Novel

Novel : Aku Lelakimu
Penulis : Sara Aisha
Muka Surat : 743
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2017

Aku Lelakimu karya Sara Aisha sebuah naskhah romantik, misteri dan thriller yang menarik untuk dibaca. Kisah Tihani seorang wartawan jenayah yang menjadi target pembunuh bersiri White Killer dan muncul Alex yang cuba melindungi Tihani dari ancaman bahaya.


Sinopsis Novel Aku Lelakimu

"I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bundy
"You could smell the blood." - Richard Ramirez

Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran?

Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.

"Tihani Rose... suara kau memang manis."

Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan...

"I am obsessed with serial killers."

Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?

"Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose

"Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander Aryan

Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia.

"You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White Killer

Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.

"Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani Rose

Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.


Review Aku Lelakimu

Mengisahkan Tihani Rose/ Tia seorang wartawan jenayah yang sibuk mengejar jenayah tapi tiba-tiba sahaja hidupnya bertukar huru-hara apabila menjadi target pembunuh bersiri yang digelar White Killer. 

Alexander Aryan/ Alex seorang penulis novel jenayah terkenal yang diminati oleh Tia. kisah mereka berdua saling berkaitan apabila Alex muncul menyelamat dan melindungi Tia dari menjadi mangsa White Khile.

Dari permulaan cerita lagi menarik dan sangat saspen sebab terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan dan menambah tahap curiousity untuk terus membaca. part romance dan thriller agak seimbang dan cukup rencah pada plot dan jalan ceritanya.

bagi aku watak Alex sangat menarik sebab penuh misteri gitu. dalam keadaan mencemaskan pun dia sentiasa tenang seolah tiada rasa takut dalam dirinya. Ada persamaan antara Alex dan White Killer, kedua-duanya psikopat tapi yang membezakan mereka adalah nilai empati yang ada pada diri mereka.

Walaupun tak banyak sangat babak romantik antara Alex dan Tia tapi still rasa berbunga-bunga kot bila baca part mereka dua maybe sebab sikap prihatin mereka antara satu sama lain yang buat aku rasa alahai sweetnya pasangan ni.

bagi aku part yang kurang best apabila identiti White Killer didedahkan lebih awal so semangat nak meneka pembunuh kat sini memang hilang, bila pengakhirannya polis dapt tangkap White Killer dah tak rasa surprise.

walaupun terganggu dengan cover dia tapi overall sangat menarik plot dan jalan ceritanya, salute pada penulis Sara Aisha sebab banyak buat reseach untuk hidupkan watak dan jalan cerita dalalm novel Aku Lelakimu.

**MY RATING: 5.0 /5 ⭐**

Post a Comment

1 Comments