30 Hari Yang Selamanya by Acik Lana | Review Novel

30 Hari Yang Selamanya by Acik Lana | Review Novel

Ebook : 30 Hari Yang Selamanya
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 750
Penerbit : Hash Novels Publication
Terbitan : April 2024

Mengisahkan Zayyad yang terpaksa menjadi bodyguard Tiyara setelah dirayu oleh Dato Haimi yang merupakan kawan baik datuknya. Zayyad mempunyai pengalaman bekerja sebagai bodyguard di Singapura tapi memilih berhenti kerja dan menjaga ayah dan adik-adiknya yang masih bersekolah setelah ibunya meninggal dunia.

Zayyad menerima tawaran tersebut disebabkan gaji lumayan yang ditawarkan oleh Dato Haimi dan dia merancang untuk melamar kekasihnya, Humaira. tapi kerja sebagai bodyguard kepada Tiyara bukannya mudah kerana gadis tersebut seorang yang degil dan selalu mencabar kesabaran Zayyad.

Nak dijadikan cerita Tiyara cuba perangkap Zayyad dengan harapan datuknya akan buang Zayyad tapi alih-alih dia yang dipaksa berkahwin setelah ditangkap basah dengan Zayyad. Zayyad setuju dengan perkahwinan tersebut disebabkan mahu membalas dendam tapi segalanya berubah apabila Tiyara tinggal selama sebulan di rumah keluarga Zayyad. Tiyara mula berubah apabila Zayyad dan keluarganya melayan Tiyara dengan baik.

konflik dalam rumahtangga Zayyad dan Tiyara berlaku apabila Humaira tak boleh move on seriusly aku tak faham sangat perangai Humaira ni. dia yang minta putus bila tahu Zayyad kena tangkap basah, pastu dia juga tak boleh terima hakikat sampai bunuh diri sebab nak dapatkan perhatian Zayyad, keluarga Humaira pun sama naik juga. alasannya Humaira rasa serba salah sebab Zayyad tak bahagia. eh eh kau siapa nak judge kebahagiaan bekas teman lelaki kau yang dah kahwin. Zayyad baru je nak bahagia dengan Tiyara tapi jadi kucar kacir disebabkan perangai Humaira.

first half novel ni, sangat annoying juga dengan perangai Tiyara yang sangat berlagak dan kurang ajar. kalau aku jadi Dato Haimi memang makan penampar budak ni sebab langsung tak reti hormat orang. tapi lepas kahwin dengan Zayyad slowly dia berubah dan dalam dok bergaduh tu terjatuh cinta dengan suami sendiri. iyelah siapa yang tak jatuh cinta kalau Zayyad tu gentleman habis.

Overall, plot yang menarik dan konflik pun tak berat sangat, sesuai untuk bacaan santai.

**MY RATING: 3.5 /5**



Tiyara adalah si spoilt brat yang menganggap dunia hanya perlu berputar di sekeliling dirinya semata. Semua kehendak dan kemahuan dia wajib diikut. Perintahnya juga perlu segera diturut. Tak boleh tidak, semua harus patuh!

Dato Haimi pun surrender. Terpaksalah lelaki tua itu kembali ke kampung untuk merayu pertolongan daripada cucu teman lamanya yang bernama Zayyad.

Kerana perlukan wang demi masa depan kekasih dan adik-adiknya, Zayyad bersetuju untuk menjadi pengawal peribadi cucu Dato Haimi. Lagipun dia sendiri memiliki pengalaman yang luas dalam bidang tersebut setelah bertahun-tahun bertugas di Singapura.

Namun menjaga seorang Tiyara, tak sama seperti mengawal sepuluh orang ahli politik. Ternyata ia lebih sukar dan sangat mencabar.

Namun Tiyara tersilap percaturan dalam misinya untuk menyingkirkan Zayyad dari sisinya. Kerana lelaki itu bukan dibuang kerja seperti yang dia inginkan, sebaliknya dipaksa mengahwini dia pula. Ah, Tokpa memang dah nyanyuk. Dah gila!

Tak ubah seperti kisah tragis dalam novel cinta, Tiyara dipaksa juga menikahi lelaki yang paling dia benci. Kemudian didesak pula untuk pergi berbulanmadu di kampung yang entah dekat ceruk mana. Memang betul-betul emosinya didera tahap maksima.

Turun naik emosi mereka selama 30 hari bergelar suami isteri, namun memori itu pasti akan memeluk hati Tiyara hingga selamanya. Dan adakah takdir akan menunjuk secebis simpati sekaligus berpihak kepada mereka berdua semula?

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah lama juga tak baca karya Acik Lana ni. Terima kasih untuk review ini.

    ReplyDelete