Our Scars by Acik Lana | Book Review

Our Scars by Acik Lana | Book Review

Novel : Our Scars
Penulis : Acik Lana
Helaian : 682
Penerbit : Booku Enterprise
Terbitan : Disember 2023

Review Our Scars by Acik Lana

Mengisahkan Elaina yang tekad memulakan kehidupan baru dengan menerima lamaran ahli perniagaan terkenal bernama Akashah. Selepas empat tahun, Elaina mengambil keputusan untuk bercerai disebabkan dah tawar hati dengan perangai suaminya yang kaki perempuan. Elaina cuba mendapatkan haknya semula sebagai orang ibu apabila Akashah melarikan anaknya.

Manakala Zack Iman pula seorang pemilik gim tertarik dengan kisah Elaina dan mahu menolong wanita tersebut apabila melihat Akashah menghantar orangnya untuk mencederakan Elaina. Zack pelik bila Elaina tak nampak macam wanita penuh sopan santun dan lemah lembut seperti yang digambarkan di media sosial dan tertarik nak tahu siapa sebenarnya Elaina. dia nak tolong Elaina mendapatkan haknya semula sebab bekas tunang dia dulu ada skandal dengan Akashah.

Permulaan buku ni memang menarik sebab curious juga dengan identiti sebenar Elaina dan nak tahu apa motif sebenarnya Akashah berkahwin dengan Elaina. Watak Zack Iman pun best bila dia try approach Elaina yang langsung tak mesra bila mereka bertemu buat pertama kali. comel je mamat ni.

cuma tak suka bila Elaina dan Zack spend time together untuk misi mereka, cerita dia agak dragging. pastu rimas pula bila emak Zack sibuk nak kenenkan balik Zack dengan Emilia padahal si Emilia ni yang curang, dah kenapa kau tak back up anak sendiri pula.

Walaupun ada part yang dragging tapi plot agak menarik dengan aksi, thriller, romance dan misteri. overall, nice story.

**MY RATING : 3.5/ 5**

Boleh dapatkan novel  Our Scars karya Acik Lana di Booku Enterprise (Shopee) dan dapatkan tandatangan penulis untuk 250 pembeli terawal.

Keterlaluankah impian Elaina? Dia hanya inginkan kehidupan normal seperti orang lain. Berkahwin, memiliki zuriat dan bahagia sehingga ke hari tua. Malang sekali kesilapannya bermula sejak dari langkah pertama. Dia tersalah memilih suami! Akashah yang tidak pernah ikhlas sangat licik memanipulasi dirinya. Elaina benar-benar rasa tertipu. Dia telah diperdaya tanpa sedar!

Dicurangi berulangkali, diceraikan atas alasan yang remeh, semua itu belum mampu mengecewakan hati batu Elaina. Namun bila satu-satunya cahayamata dibawa lari oleh si bekas suami, langit seperti runtuh menyembah bumi. Seribu emosi meledak dalam pergelutan menuntut haknya sebagai seorang ibu.

Rahsia besar, identiti sebenar, satu per satu mula tersingkap sepanjang perjuangan epik ini. Ternyata Akashah sudah tersalah memilih sasaran. Elaina yang disangka mudah diperlekeh dan dipergunakan, rupa-rupanya jauh lebih ganas dan buas. Brutal. She’s violent!

Zack Iman yang turut terkait dengan Akashah muncul disaat konflik bekas pasangan suami isteri itu mula memuncak. Sifat berbeza Elaina membuatkan Zack Iman benar-benar tertarik untuk menggali sejarah silam gadis itu. Dia yakin ada rahsia lama telah dikuburkan oleh Elaina. Lalu ditawarkan diri menjadi ‘sidekick’ demi menumpaskan niat jahat Akashah.

Post a Comment

0 Comments