Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama

Title : Till The End Of The Moon
Director : Kuk Kok Leung
Screenwriter : He Fang, Luo Xuan
Network : Youku/ Netflix
Release Date : 6 April 2023
Episodes : 40
Duration : 55 minutes
Genre : Romance, Wuxia, Fantasy
Cast : Luo Yun Xi, Bai Lu, Chen Du Ling, Deng Wei, Sun Zhen Ni, Eddy Geng, Huang Hai Bing, Zheng Guo Lin, Li Pei En, Wang Yi Fei, Yu Bo

SYNOPSIS:
In an era when demons have dominion over cultivators and mortals, the cultivator elders believe it is imperative to send someone back in time to discover the origin of the demon lord and prevent his resurrection. 

Li Su Su accepts the mission and assumes the identity of mortal Ye Xi Wu, the second daughter of General Ye. She's married to Tantai Jin, the captive prince and future demon lord, and is determined to destroy him, aware that in the future he will come to massacre many. But as witness to Tantai Jin's past life and rise to power, an unexpected tale emerges, one complicating her quest.


Kisahnya bermula apabila Raja Demon Tantai Jin (Luo Yun Xi) yang kejam melancarkan peperangan untuk menghancurkan dunia.  Li Susu (Bai Lu) telah menjadi insan terpilih dihantar ke masa lalu untuk membunuh Raja Demon bagi menyelamatkan dunia dari kemusnahan.

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama
Bai Lu sebagai Li Su Su/ Ye Xi Wu/ Sang Jiu

Li Su Su masuk ke dalam tubuh Ye Xi Wu apabila pergi ke masa lalu, dan punyalah dia memikir macam mana nak mulakan pencarian rupa-rupanya Raja Demon Tantai Jin menjadi suaminya.

Ye Xi Wu merupakan anak kesayangan General Ye yang menyimpan perasaan pada Putera Mahkota Xiao Lin (Deng Wei) tapi Xiao Lin jatuh cinta pada kakak tirinya, Ye Binchang (Chen Du Ling). Pelbagai agenda jahat dilakukan oleh Xi Wu untuk mendapatkan Xiao Lin tapi akhirnya dia termasuk perangkap sendiri dan terpaksa berkahwin dengan Tantai Jin.

Apabila Li Su Su mengambil alih badan Ye Xi Wu, dia dalam dilema sama ada nak biarkan sahaja keluarga Ye layan Tantai Jin dengan teruk sebab dari awal lagi Xi Wu yang buli dan layan Tantai Jin dengan teruk atau protect Tantai Jin. namun lama-kelamaan hubungan Xi Wu dan Tantai Jin makin rapat

Bagi menjalanan misinya, Xi Wu perlu pastikan Tantai Jin jatuh cinta kepadanya seterusnya memusnah evil bone  yang ada dalam badan Tantai Jin sebelum dia membunuh Tantai Jin.

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama
Luo Yun Xi sebagai Tantai Jin/ Cang Jiu Min/ Ming Ye

Tantai Jin adalah putera bongsu kerajaan Jing namun dari kecil lagi dibuang oleh ayah sendiri kerana dikatakan pembawa malang. Tantai Jin kemudiannya dihantar kepada kerajaan Sheng untuk dijadikan tebusan.

Kehidupan Tantai Jin sangat malang dan selalu dibuli, bila berkahwin dengan Xi Wu pun sama juga. tapi dia pun pelik bila Xi Wu yang selalu layan dia dengan teruk tiba-tiba menjadi baik tapi kemudiannya dia jatuh jatuh cinta dengan Xi Wu tanpa tahu motif dan identiti sebenar Xi Wu.

Plot semakin menarik apabila Tantai Minglang membuat rancangan untuk membunuh Tantai Jin sebab nak mengusai kerajaan Jing. tapi last sekali abang dia yang kalah dan Tantai Jin ditabalkan raja Jing. pelbagai konflik berlaku dan Tantai Jin terpaksa berperang untuk meluaskan sempadan selepas Raja Sheng dok sibuk hantar bala tentera untuk menumpaskan dia.

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama
God War Ming Ye & Sang Jiu

selalunya drama dewa dewi mesti ada banyak life span. Tantai Jin sebelum menjadi Raja Demon adalah Raja Perang Ming Ye dalam kehidupan sebelumnya. Ming Ye berkahwin dengan Sang Jiu disebabkan terhutang budi kerana Sang Jiu telah menyelamatkan nyawanya.

Selepas berkahwin, Ming Ye sibuk dengan urusannya dan langsung tiada masa untuk isterinya. tapi lama kelamaan dia terjatuh cinta dengan perwatakan Sang Jiu yang naif dan ceria. 

tapi konflik berlaku apabila Tian Huan yang sudah lama mencintai Ming Ye tak dapat terima hakikat Ming Ye berkahwin dengan Sang Jiu. Pelbagai rancangan jahat dilakukan Tian Huan yang menyebabkan berlaku salah faham antara Ming Ye dan Sang Jiu.

Kisah cinta Ming Ye dan Sang Jiu dalam hayat ini berakhir dengan tragis kerana agenda jahat yang dilakukan Tian Huan.

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama
Tantai Jin & Ye Xi Wu

Sepanjang perjalanan Tantai Jin menjadi Raja kerajaan Jing, banyak pengkhianatan yang dihadapinya termasuk dari orang kepercayaannya. 

dalam kehidupan ni pun sedih juga sebab Tantai Jin sangat mencintai Xi Wu, walaupun kena khianat banyak kali pun dia masih tak boleh lepaskan Xi Wu sampai obsess. lagipun dalam hayat ni, Xi Wu mahu menjalankan misinya.

cumanya hubungan mereka semakin teruk dan berlaku banyak salah faham kerana onar yang dilakukan kakak tiri Xi Wu. pengakhirannya tragis. Tantai Jin sanggup tinggalkan takhta dan merantau jauh dalam dunia demon untuk mendapatkan semula isterinya yang telah meninggal dunia.

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama
Chen Du Ling sebagai Ye Bingchang/ Mo Nu/ Tian Huan

Ye Bingchang seorang yang lemah lembut dan baik hati kemudiannya berkahwin dengan Putera Mahkota Xiao Lin. waktu mula-mula tu macam kesian juga sebab Xi Wu asyik buli dan keluarga Ye macam sisihkan dia sebab emaknya gundik. tapi bila tengok hayat dia sebagai Tian Huan, boleh faham kenapa dia dapat karma yang teruk. 

perempuan ni dalam setiap kehidupan mesti agenda jahat di sebalik wajah yang suci. waktu Xiao Lin terpaksa keluar berperang dan kalah, dia sanggup khianat suami sendiri sebab nak menyelamatkan diri. 

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama
Deng Wei sebagai Xiao Lin/ Gongye Ji Wu/ Sang You

no komen sangat dengan watak ni sebagai setiap kehidupan dia bawa peranan yang baik cuma kesian bila kena khianat dengan isteri tercinta.

actually apa yang dilakukan Xi Wu banyak mengubah Tantai Jin dalam kehidupan ketiganya sebagai Cang Jiu Min. keadaan hampir terkawal malangnya bapa kandung Su Su mencuri evil bone yang disembunyikan Su Su untuk membangkitkan roh Raja Demon. Tantai Jin terpaksa berkorban untuk menyelamatkan Su Su dan dunia.  ending dia memang klise, selalu drama chinese dewa dewi ni kisahnya mesti berakhir dengan tragis.

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama

plot Till The End Of The Moon pada permulaannya agak menarik tapi bila Tantai Jin jadi raja, berbulan-bulan aku stuck nak habiskan cerita ni sebab jalan ceritanya slow giler pastu asyik repeat benda yang sama mengenai pengkhianatan, cinta tragis, salah faham, evil bone dan flashback yang diulang banyak kali.

aku tak tahu berapa kali Tantai Jin kena khianat dengan orang paling rapat dan dia percaya padahal dia tak buat apa pun. penat wei, kalau aku jadi Tantai Jin baik tikam diri sendiri je lah dari menghadap cycle yang sama. pastu tak faham aku perangai dewa dewi memang jenis terima hakikat ke macam mana. dia punya sayang sampai jadi tahap obsess sampai cari jalan macam mana nak hidupkan orang yang dah mati.

pastu aku tahu semua benda yang Xi Wu buat kat Tantai Jin demi misi dia tapi penat tengok berapa kali kau nak mainkan perasaan Tantai Jin. lepas kau buat orang tu jatuh cinta dengan kau, kau tikam dia lagi dan lagi dan lagi. penulis drama ni memang takde common sense ke?

Till The End Of The Moon (2023) | Review Drama

banyak drama wuxia fantasi yang aku tengok ada plot dan jalan cerita yang menarik dan progress watak berkembang dengan baik.

tapi drama Till The End Of The Moon bagi aku hype sebab populariti pelakon utamanya dari segi lakonan tu best, costume dan cgi pun cantik. tapi plot dan jalan ceritanya agak flat sebab tak ada progress yang menarik sebab terlalu banyak pengkhianatan dan salah faham dari awal sampai habis. kesimpulannya drama ni sangat sadis dari watak, plot dan membawa kepada pengakhirannya.

MY RATING: 7.0/ 10 ⭐

Baca juga: 

Post a Comment

3 Comments

  1. betul, drama ni mula2 menarik...bila TTJ jd raja Jing Kingdom dah x brp best...episod Ming Ye & Sang Jiu tu byk skip....yg episod last TTJ jd disciple tu ok lg, boleh layan...bila jd Demon King, dah x tau hujung pangkal..last2 redho je lah..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. plot dia menarik tapi tak consistent pastu asyik flashback dan repeat benda yg sama. samalah last2 tak faham jalan cerita dia main skip je sebab nak tau ending..haha

      Delete
  2. boleh tahan jugak penulisnya pun, dia ada beef dengan someone kot sebab tu masukkan dalam cerita ni supaya geram dia langsai. Sayang lah banyak aspek dah cun tapi tang story tu mendatar je

    ReplyDelete