Racun Rihanna (TV3) | Sinopsis Drama

Racun Rihanna (TV3)
Sumber: Instagram Alternate.MY

Racun Rihanna

Produksi : Zeel Production
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Marr Mohamad, Irwan Mansor
Siaran : TV3/ TONTON
Mula Tayangan : 30 April 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
OST/ Lagu Tema : Dilema (Kaka Azraff)
Pelakon : Intan Najuwa, Jasmine Suraya, Rita Rudaini, Norazah Aziz, Arena Wan, Serra Kamal, Hanna Halim, Puteri Khareeza, Kimberly Chuah, Azlee Khairi, Nazrief Nazri, Aidit Noh, Michelle Wee, Ameerul Asyraf, Jabir Meftah, Syefikk

Racun Rihanna (TV3)

Sinopsis Drama Racun Rihanna

Mengisahkan Marya, Fateni dan Ayumi yang berkawan baik sejak dari universiti. Kini dalam usia memasuki 40-an, Marya berjaya membuka perniagaan  butik jenamanya dibantu oleh Fateni dan Ayumi yang setia berada disisinya.

Masing-masing sudah berkeluarga namun walaupun luarannya nampak kehidupan mereka bahagia namun rumahtangga mereka mula bergolak.

Setelah bertahun mendirikan rumahtangga bersama Adib, Marya kini berjaya hamil anak sulungnya namun dia merasakan Adib semakin berubah dan menaruh syak suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Fateni dan Ikmal pula sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak dapat memberi perhatian pada anak mereka, Wafiq. Mereka saling menuding jari apabila Wafiq kerap ponteng kelas dan tidak tahu kemana menghilang.

Mereka gembira apabila mendengar berita adik angkat mereka, Rihanna yang akan pulang ke Malaysia namun kegembiraan tersebut tidak lama apabila Emir, suami Ayumi meninggal dunia. Ayumi tidak percaya suaminya membunuh diri namun Rihanna seorang pakar psikitri mengesahkan Emir mempunyai masalah kemurungan dan pernah mendapat rawatan daripadanya.

Marya, Fateni dan Ayumi tidak menyedari kepulangan Rihanna adalah untuk membalas dendam atas perbuatan mereka bertiga di kolej dahulu dan mahu menghancurkan kehidupan mereka bertiga. Siapakah yang bakal terjerat dalam racun permainan jiwa?

Racun Rihanna (TV3) | Sinopsis Drama

Barisan Pelakon & Watak

  • Intan Najuwa sebagai Rihanna
  • Rita Rudaini sebagai Marya
  • Azah Aziz sebagai Fateni
  • Jasmine Suraya sebagai Ayumi
  • Michelle Wee sebagai Chloe
  • Mas Anizan sebagai Puan Sri Wilma
  • Azlee Khairi sebagai Ikmal
  • Nazrief Nazri sebagai Emir
  • Aidit Noh sebagai Adib
  • Gibril sebagai Wafiq
  • Anwaar Moghal sebagai Sukhveer Singh
  • Shefik Khair sebagai Inspektor Farouk

Baca juga: 

Saksikan pengakhirannya dalam Racun Rihanna yang ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di Samarinda TV3 dan strim di Tonton.

Post a Comment

0 Comments