Oh Haram (TV3) | Review Telefilem

Oh Haram (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Oh Haram
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah : Eirma Fatima
Penulis Skrip : Citra Nurain
Tayangan : 2011
Durasi : 81 minit
Pelakon : Aqasha, Rita Rudaini, Sharifah Amani, Jalil Hamid, Hamidah Wahab, Cessa Zahira, Chinta Aina Sofea, Aidil Aziz

SINOPSIS:
Rahimi, anak Fazil dan Faridah yang baru sahaja menamatkan pengajian Usuluddin di Isketambola setelah lima tahun tidak pulang ke tanahair. Rahimi dahulunya seorang yang periang dan lembut kini menjadi tegas tidak bertempat.

Telefilem Oh Haram dah lama juga tayang kat tv dulu, aku layan balik cerita ni sebab ada yang up kat tiktok so try cari balik kat Tonton sebab seriusly telefilem ni kelakar dan penuh pengajaran.

Oh Haram (TV3) | Review Telefilem

Oh Haram mengisahkan Rahimi (Aqasha) yang baru habis belajar agama dan banyak perubahan Rahimi yang tidak disenangi oleh keluarga dan jiran tetangga kerana Rahimi lantang menegur apabila berlaku kemungkaran di depan matanya.

Proses nak mencari kerja pun agak sukar apabila Rahimi tidak mahu bekerja di tempat yang kakitangannya bercampur lelaki dan wanita. Nak dijadikan ceritanya adiknya Ain (Sharifah Amani) sebenarnya anak angkat. part ni berdekah juga gelak sebab orang tengah bersedih tapi boleh pula disuruh ayahnya buat solat taubat sebab dah bersentuh dengan Ain yang selama ini bukan mahram mereka.

Ujian datang dalam hidup Rahimi apabila jiranya, Farhana (Rita Rudaini) seorang ibu tunggal cuba menggoda dan mendekatinya. Dalam menepis godaan Farhana, Rahimi dah terjatuh hati dengan Farhana.

Oh Haram (TV3) | Review Telefilem

watak Rahimi ni memang kelakar tapi kadang geram juga sebab itu haram, ini haram. apa yang ditegur Rahimi tu memang tak salah tapi masalahnya cara dia tak kena dan tak bertempat. hampir sahaja hubungan baik keluarganya dengan jiran berantakan gara-gara sikapnya yang terlalu lantang tanpa mengira perasaan orang. 

sekali bila angau dengan Farhana sampai dok ulang depan orang tu, apa pula hukumnya tu, pak ustaz?satu benda lagi, Rahimi selalu sebut Ain tu bukan muhrim. kalau tak salah istilah sebenar mahram. rasanya ada beza mahram dengan muhrim.

Overall, plot dan jalan ceritanya menarik dan menghiburkan selain banyak mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan. telefilem Oh Haram ni rasanya ada sekuel dia tapi tak ingat tajuk apa. jalan cerita menarik juga kisah Rahimi yang berkahwin dengan Farhana dan bekerja sebagai mutawif. kalau tak silap Nazim Othman dan Neelofa pun ada dalam sekuel.

Post a Comment

0 Comments