My Famous Ex Boyfriend Raya (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

My Famous Ex Boyfriend Raya (Astro Ria)

Telefilem : My Famous Ex Boyfriend Raya
Produksi : iFabulous Art Media & Event
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Ash Adm
Siaran : Astro Ria 104
Tayangan : 10 April 2024
Masa : Rabu | 10.00 Pagi
Pelakon : Qasrina Karim, Nadhir Nasar, Hael Husaini, Ara Johari, Aleza Shadan, Malle Christian

My Famous Ex Boyfriend Raya (Astro Ria)

Sinopsis Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya

Kesinambungan kisah Sameera dan Jamie dari drama My Famous Ex-Boyfriend, mengisahkan perkahwinan Sameera (Qasrina Karim) dan Jamie (Nadhir Nasar) yang baru terbina mula dilanda krisis dan salah faham apabila Jamie suka berahsia dan Sameera penat melayan kerenah dan kedegilan Affan.

Jamie semakin rapat dengan Haque Zuhal (Hael Husaini) yang kini memilih untuk menjadi penyanyi jalanan dan menumpang teduh di restoran Jamie. Sameera marah apabila mengetahui hal tersebut namun dia kemudiannya memilih untuk berbaik semula dengan Haque. 

Hal ini menyebabkan mereka bergaduh kerana Jamie rasa cemburu dan Sameera pula bengang apabila Jamie tidak percaya dengan dirinya.

Dalam masa yang sama, Haque berkenalan baik dengan Bella (Ara Johari) yang juga seorang penyanyi jalanan. Mereka berkongsi minat yang sama sehingga berjaya mencipta sebuah lagu bersama. Namun Haque tidak senang apabila Bella menggunakan lagu tersebut dan meraih populariti.

Adakah Jamie dan Sameera dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dan menyambut hari raya bersama?

Saksikan telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya lakonan Nadhir Nasar dan Qasrina Karim pada hari raya pertama di Astro Ria.

Post a Comment

0 Comments