My Famous Ex Boyfriend (Astro Ria) | Sinopsis Drama

My Famous Ex Boyfriend (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : My Famous Ex-Boyfriend
Produksi : iFabulous Art Media & Event
Pengarah : Hadith Omar
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 23 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 24
OST/ Lagu Tema : Diam (Hael Husaini)
Pelakon : Qasrina Karim, Nadhir Nasar, Hael Husaini, Cupcake Aishah, Ryzal Jaafar, Natasha Elyzza, Aleza Shadan, Jasmin Hamid

My Famous Ex Boyfriend (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama My Famous Ex Boyfriend

Mengisahkan Sameera (Qasrina Karim) yang bertemu dengan Ishaak (Hael Husaini) ketika dalam usia remaja dan mereka menjalinkan hubungan cinta. Ishaak kemudiannya menjadi artis popular dengan menggunakan nama pentas sebagai Haque Zuhal.

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media. Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama.

Manakala Jamie (Nadhir Nasar) seorang chef yang digelar sebagai suami syaitan kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh. 

Adakah Jamie seorang yang jahat seperti digelarkan oleh netizen atau ada kisah yang berlaku di sebaliknya? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Sameera?

Post a Comment

0 Comments