Hijab Pendosa (Astro Ria) | Review Telefilem

Hijab Pendosa (Astro Ria) | Review Telefilem

Telefilem : Hijab Pendosa
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Fairuz Loy
Penulis Skrip : Liza Nur
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 10 April 2024
Durasi : 1 jam 32 minit
Pelakon : Jaja Iliyes, Bell Ngasri, Along Sweetchild, Silfeny Osman, Ainina Ahmad, Sharifah Hawra, Fazira Shafinaz, Qaidah Marha

SINOPSIS:
Safiya berdendam dengan bapanya, Hijab yang telah tinggalkan dia dan emaknya. Hijab meminta maaf tapi bukan semudah itu untuk Safiya memaafkan seorang pendosa.

Hijab Pendosa (Astro Ria) | Review Telefilem

Hijab Pendosa mengisahkan Safiya (Jaja Iliyes) seorang wanita bekerjaya yang kurang bersosial. Safiya tidak mempunyai kawan kecuali Nabila (Silfeny Osman), rakan pejabat yang selalu menasihatinya dan Pak Akob (Acong Sweetchild) yang menjaganya setelah ibunya meninggal dunia.

Suatu hari, Safiya bertemu dengan bapanya, Hijab (Bell Ngasri) yang menjadi geladangan dan meminta sedekah. Safiya memarahi bapanya kerana masih berdendam dengan apa yang Hijab telah lakukan kepadanya dan ibunya. 

Tanpa disedari, ada yang merakam kejadian tersebut dan tular di media sosial yang menyebabkan Safiya dikecam teruk tanpa mereka mengetahui hal yang sebenar. Boss Safiya telah mengarahkan Safiya bercuti selama sebulan. 

Alkisahnya, Hijab sewaktu muda berjaya dalam perniagaannya sehingga lupa diri, lupa pada isteri yang banyak berkorban sehingga dia berjaya. Kemuncaknya, Hijab mencaci isterinya dan menuduh Safiya bukan anaknya lalu meninggalkan anak dan isterinya. Hal ini menyebabkan Safiya berdendam dan tidak dapat memaafkan Hijab.

Setelah muflis, Hijab menyesal dengan perbuatannya dan berusaha untuk meminta keampunan daripada anak dan isterinya. ramai yang mengecam perbuatan Safiya tapi tiada siapa yang cuba memahami apa yang dilalui Safiya sejak kecil. Luka dan trauma yang ditinggalkan Hijab meninggalkan kesan yang besar dalam hidup Safiya, bukan mudah untuk memberikan sebuah kemaafan.

Overall, Hijab Pendosa sebuah telefilem yang menarik dan penuh dengan pengajaran.

Baca juga: 

Post a Comment

0 Comments