Bakal Menantu Hajah Noraini (TV1) | Review Telefilem

Bakal Menantu Hajah Noraini (TV1) | Review Telefilem

Bakal Menantu Hajah Noraini

Produksi : Tribution Studio
Pengarah : Yen Osing
Siaran : TV1
Tayangan : 27 April 2024
Durasi : 1 jam 35 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Nora Danish, Zulin Aziz, Satthiya Kandi, Khatijah Tan, Kimberly Chuah, Danial Dashuki, Afea Deanna


Sinopsis Telefilem Bakal Menantu Hajah Noraini

Mengisahkan Syed Husin (Danial Dashuki), anak tunggal Hajah Noraini (Khatijah Tan) yang baru pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya di Mesir. Hajah Noraini berhajat untuk mencari calon isteri buat Syed Husin lalu membuka temuduga untuk gadis di kampung tersebut.

Bakal Menantu Hajah Noraini (TV1) | Review Telefilem

Berita tentang Hajah Noraini mencari calon menantu telah mengecohkan para wanita di kampung tersebut termasuklah tiga sahabat baik; Kalsom (Zulin Aziz), Puspa (Satthiya Kandi) dan Lilian (Kimberly Chuah) yang turut berminat untuk menjadi isteri Syed Husin.

Pelbagai cara dan strategi dilakukan oleh mereka bertiga untuk menambat hati Syed Husin dan Hajah Noraini. Namun semuanya tidak mudah apabila muncul seorang lagi pesaing hebat iaitu Mona.

Mona (Nora Danish) yang baru sahaja berpindah ke kampung tersebut turut berminat untuk menjadi calon menantu Hajah Noraini. Mona cuba menambat hati Syed Husin dan Hajah Noraini dengan menyediakan pelbagai jenis masakan kegemaran mereka berdua.

Tanpa pengetahuan mereka, Mona mempunyai rahsia dan motif tersendiri mendekati Hajah Noraini dan Syed Husin. Persoalannya, siapa yang bakal menjadi menantu Hajah Noraini?

Bakal Menantu Hajah Noraini (TV1) | Review Telefilem

Review Bakal Menantu Hajah Noraini


plot dan jalan cerita Bakal Menantu Hajah Noraini sangat simple tapi menghiburkan dengan telatah wataknya yang begitu gigih mahu menjadi menantu Hajah Noraini. Overall, sebuah telefilem yang menarik dan menghiburkan untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments