South Wind Knows (2023) | Review Drama

South Wind Knows (2023) | Review Drama

Title : South Wind Knows
Director : Leon Li, Liu Hong Yuan
Network : Youku, Netflix
Release Date : 12 September 2023
Episodes : 39
Duration : 45 minutes 
Genre : Romance, Melodrama
Cast : Cheng Yi, Zhang Yu Xi, Yan Xiao, Vicky Liang, Fu Xin Bo, Li Xin Ze

SYNOPSIS:
Fu Yun Shen, a researcher at a pharmaceutical company, and Zhu Jiu, a surgeon embark on a humanitarian medical rescue in an underprivileged region. A misunderstanding means they get off on the wrong foot. But over time, they begin to feel the pull of attraction. When a discovery about the true nature of his assignment and a car crash leaves Fu Yun Shen injured and jaded, he thinks his relationship with Zhu Jiu is doomed. 

However, fate isn’t done with this pair yet: Two years later, Zhu Jiu and Fu Yun Shen meet again, in very different circumstances. They once again feel the tug of romance, and resolve to try to make love work the second time around. But as they rekindle their relationship, Zhu Jiu makes startling – and unsettling – discoveries about the death of her parents. Will these revelations derail romance for the young couple? Or can the power of love conquer all?

aku dah lama tengok episod 1 tapi tak habis-habis pastu try habiskan bila drama ni masuk kat Netflix. itu pun rasa macam merangkak tengok walaupun  dah skip banyak. time nampak teaser tu excited la juga sebab ada top actor tapi jalan ceritanya hurmmm bosan.

South Wind Knows (2023) | Review Drama

South Wind Knows mengisahkan Fu Yunshen (Cheng Yi) dan Zhu Jiu (Zhang Yu Xi) yang bertemu ketika membuat penyelidikan medical bersama di sebuah negara yang bergolak.

Selepas habis penyelidikan, Yunshen kembali ke Shanghai dan Zhu Jiu pula bekerja sebagai pakar bedah di Jerman. walaupun terpisah dengan jarak jauh tapi mereka sentiasa berhubung dan kekal sebagai kawan walaupun dah jatuh cinta antara satu sama lain. Sehinggalah suatu hari, Zhu Jiu tiba-tiba lost contact dengan Yunshen.

Mereka bertemu dua tahun kemudian apabila Zhu Jiu menjadi doktor keluarga untuk Yunshen. waktu tu dia terkejut bila tahu Yunshen lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Zhu Jiu berusaha untuk mengembalikan semula semangat Yunshen dan membantuYunshen dapat berjalan semula.

Plot utama drama ni menarik, lakonan dan chemistry hero dan heroin dia pun best tapi jadi bosan sebab screenwriter dia lebih fokus pada penyelidikan dan konflik keluarga Yunshen pastu banyak giler watak dalam cerita ni yang buat aku bosan bila masing-masing sibuk nak interframe.

South Wind Knows (2023) | Review Drama

Yunshen berasal dari keluarga kaya, datuknya ada syarikat farmasi yang terhebat. Yunshen tak berminat dengan pengurusan syarikat sebab dia lebih suka duduk dalam team penyelidikan dan kerja pengurusan syarikat diuruskan oleh abang sepupunya, Fu Xi Zhou.

Hubungan mereka sangat rapat dari kecil. masalahnya emak Yunshen, Jiang Shu Ning jenis tamak dan tak suka Xi Zhou sejak kecil lagi. dia takut Xi Zhou jadi CEO so dia cuba paksa Yunshen melibatkan diri dengan pengurusan syarikat tapi anaknya tak berminat.

konflik berlaku apabila Xi Zhou merasakan keluarga datuknya menyebabkan emaknya dikurung di hospital sakit jiwa dan menjadi gila. pastu yang memburukkan keadaan bila Yunshen kemalangan dan emaknya mati di tempat kejadian. scene ni macam kelakar sebab kecil sangat ke dunia diorang ni sebab dalam banyak-banyak orang, Yunshen boleh bertembung dengan emak Xi Zhou.

Hal ini menyebabkan Xi Zhou berubah dan mahu merampas syarikat daripada Yunshen.

South Wind Knows (2023) | Review Chinese Drama

mak Yunshen ni seriusly annoying giler, jenis tamak pastu sibuk nak aturkan hidup anak sendiri. 

bagi aku Xi Zhou ni balas dendam pada orang yang salah. tak faham kenapa dia target Yunshen padahal yang jahat emak dia. selama ni Yunshen layan dia baik giler macam seorang abang tapi tergamak betul Xi Zhao upah orang pukul Yunshen bila Yunshen hampir nak sembuh.

South Wind Knows (2023) | Review Chinese Drama

Doktor Zhou Zhi Zhi pula dah lama suka pada Yunshen sejak zaman sekolah lagi, mak Yunshen pun berkenan nak jadikan dia menantu tapi Yunshen tak pernah layan dia. 

at least dia sedar diri bila tengok Yunshen bercinta dengan Zhu Jiu, dia pilih untuk mengundur cari kebahagian sendiri.

South Wind Knows (2023) | Review Chinese Drama

Gu Ruan Ruan kawan baik kepada Dr Zhi Zhi. sama kes juga, dia dah lama suka pada Xi Zhou tapi tak dilayan. 

bila Xi Zhao nak balas dendam, dia buat keputusan untuk berkahwin dengan Gu Ruan Ruan sebab nak dapat pengaruh dari keluarga Ruanruan yang kaya. walaupun Ruanruan tahu motif sebenar Xi Zhou tapi dia terima juga dengan harapan Xi Zhao akan jatuh cinta dengan dia tapi kesian asyik makan hati je sepanjang perkahwinan.

South Wind Knows (2023) | Review Chinese Drama

apa yang aku komen, main plot drama ni best tapi penulis dia pilih untuk playsafe. plot dan watak tak dikembangkan dengan baik end up jalan ceritanya meleret-leret dan asyik repeat benda yang sama.

aku mengharapkan watak Yunshen boleh jadi lebih tegas selepas apa yang terjadi dengan hidupnya tapi disebabkan yang buat jahat tu keluarga sendiri, dia pilih untuk maafkan mereka. pastu watak jahat pula aku tak boleh terima, lepas buat jahat pastu ending dia semua jadi baik. 

aku pun banyak skip episod tak berapa faham dah jalan cerita hujung-hujung ni tapi bila tengok episod akhir, aku tak boleh brain bila pengakhirannya semua baik-baik sahaja dan yang jahat tak dapat balasan yang setimpal. hurmm senang kan hidup.

Post a Comment

0 Comments