Sue On (2023) | Review Movie

Sue On (Netflix) | Review Movie

Filem : Sue-On
Produksi : Rumah Produksi Merah
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Penulis Skrip : Razif Ajiboy Rashid
Network : Netflix
Tayangan : 6 Julai 2023
Durasi : 1 jam 40 minit
Genre : Seram, Komedi
Pelakon : Reen Rahim, Awie, Ropie, Shawani, Alif Rafiq, Saiful Ghaz, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Amy Nur Tinie, Kamarul Yusoff, Joey Daud, Erra Fazira

SINOPSIS:
Sekumpulan penduduk kampung bekerjasama untuk membantu hantu korea yang terperangkap yang terperangkap di dunia sebenar untuk kembali ke tempat asalnya dalam rancangan TV Korea.

Sue On (2023) | Review Movie

Mengisahkan hantu korea, Sue On (Reen Rahim) yang suka menakutkan penonton dengan keluar dari kaca dan suatu hari dia terperangkap di dunia sebenar apabila ada budak secara tidak sengaja mematikan suis televisyen.

Sue On cuba mencari jalan untuk kembali ke tempat asalnya dan terjumpa hantu-hantu yang ada di Malaysia dan cuba membantu menyelesaikan masalah mereka.

Dalam masa yang sama penduduk kampung kecoh dengan kemunculan hantu Sue On. Mat Dosa (Awie) mengetuai penduduk kampung untuk menangani masalah hantu yang semakin berleluasa di kampung mereka.

Sue On (2023) | Review Movie

Sue-On filem pertama terbitan Awie dan didedikasikan khas buat Allahyarham Mamat Khalid sebab itu bila menonton filem ni banyak scene yang refer kepada filem beliau.

Sejujurnya filem ni hambar betul dan nampak try hard sangat la bila cuba recreate balik scene dalam movie Mamat Khalid. nak buat tontonan santai-santai pun aku rasa bosan giler movie sebab plot yang merepek dan komedi pula lebih kepada lawak yang bodoh bila takde originality. pendek cakap, hambar giler.

Post a Comment

0 Comments